ATOMY CHANNEL Malaysia

Home

[News Card] Kualiti Mutlak, Harga Mutlak (MYS)

Views 205 Date of filming
Print

Kualiti Mutlak, Harga Mutlak
Kualiti Mutlak: Terbaik pada harga yang ditawarkan. Harga Mutlak: Kos terendah untuk kualiti yang sama.


Falsafah Atomy: Kualiti Mutlak, Harga Mutlak

Atomy, sebuah syarikat jualan langsung global yang beribu pejabat di Korea Selatan, telah berkembang pesat di lebih 20 buah negara dengan berpegang kepada falsafah perniagaan yang jelas dan terbukti: Kualiti Mutlak, Harga Mutlak. Ini bermaksud Atomy komited untuk menyediakan produk berkualiti tinggi setanding jenama mewah, tetapi pada harga yang mampu milik untuk setiap pengguna. Ia merupakan gabungan antara “mass” dan “prestij” yang sering disebut sebagai “masstige”, yang bercanggah dengan pendekatan tradisional bahawa kualiti tinggi mesti datang dengan harga tinggi.

Atomy tidak berkompromi antara kualiti atau harga. Sebaliknya, ia mengamalkan apa yang dipanggil oleh ahli teori perniagaan Jim Collins sebagai “Genius of the AND”: bukan memilih antara kualiti atau harga, tetapi kedua-duanya sekali. Kejayaan Atomy datang daripada keupayaannya menunaikan janji ini merentasi pelbagai kategori produk, termasuk suplemen kesihatan, penjagaan kulit, makanan, dan keperluan harian.


Bagaimana Atomy Mengimbangi Kualiti dan Harga

Kunci model perniagaan Atomy terletak pada pembangunan produk dan hubungan dengan rakan kongsi. Atomy mengamalkan pendekatan “kualiti diutamakan”, iaitu menetapkan dan mencapai standard tertinggi untuk sesuatu produk terlebih dahulu, kemudian mencari cara untuk menjadikannya mampu milik. Ini memerlukan kaedah pengeluaran inovatif, kecekapan skala dan komitmen jangka panjang kepada pembekal.

Atomy juga mengamalkan dasar “satu produk, satu rakan kongsi” (一品一社), yang memastikan satu pengeluar eksklusif bagi setiap produk. Ini membolehkan pelaburan bersama, kepercayaan dan inovasi berterusan. Untuk memperkukuh hubungan ini, Atomy membayar pembekalnya secara tunai dalam tempoh seminggu, malah lebih awal bagi pembekal yang memerlukan bantuan kewangan — satu amalan luar biasa yang meningkatkan kestabilan dan prestasi pembekal.


HemoHIM – Satu penemuan baharu dalam kesihatan fungsional

HemoHIM
merupakan salah satu produk utama Atomy, dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Tenaga Atom Korea dan Kolmar BNH. Walaupun keberkesanannya dalam meningkatkan sistem imun terbukti secara saintifik, produk ini pada awalnya sukar dijual kerana harganya yang tinggi iaitu 770,000 KRW(RM2,400)  sekotak.

Atomy campur tangan dan bekerjasama dengan pengeluar untuk mengurangkan kos melalui pengeluaran besar-besaran, system automasi dan logistik yang cekap. Hasilnya, HemoHIM kini dijual pada hanya 76,500 KRW (RM240), iaitu pengurangan harga hampir 90% - tanpa mengorbankan kualiti.

Jualan meningkat daripada kurang 500 kotak sebulan kepada lebih 300,000 kotak sebulan. Malah, bilangan sachet dalam satu kotak meningkat dua kali ganda kepada 60 paket. Kini, jualan global terkumpul HemoHIM telah melepasi 2 trilion KRW (RM 7 billion)menjadikannya contoh terbaik falsafah Atomy yang direalisasikan — kualiti bertaraf dunia pada harga mampu milik melalui inovasi dan skala.


The Fame – Penjagaan Kulit Setanding Jenama Mewah

Sistem penjagaan kulit Atomy, daripada Sistem Penjagaan Kulit 6 Langkah kepada kini dikenali sebagai The Fame, dibangunkan menggunakan teknologi premium daripada institusi R&D terkemuka Korea. Antaranya termasuk teknologi penulenan tinggi, penapaian dan penghantaran kapsul berlapis-lapis.

Biasanya, teknologi sebegini hanya digunakan oleh jenama mewah dengan harga premium. Namun Atomy mengambil pendekatan berbeza. Dengan merancang untuk menghasilkan 100,000 unit sebulan, kos dapat dikurangkan dengan ketara bersama rakan pengilang.

Hasilnya, set lengkap 6 produk ini dijual pada harga hanya 88,000 KRW (308 MYR) — kira-kira satu persepuluh daripada set penjagaan kulit mewah yang setaraf.
The Fame menjadi antara produk penjagaan kulit paling laris di Korea dan luar negara, malah sering mengatasi jenama-jenama di gedung mewah. Lebih membanggakan, kualitinya terus dipertingkat dengan bahan dan pembungkusan lebih baik, tanpa sebarang kenaikan harga.



Ikan Kembung Panggang Masin – Mengangkat Nilai Harian

Bagi Atomy, produk makanan harian juga harus menepati piawaian tinggi. Ikan kembung panggang masin Atomy diperoleh daripada hasil tangkapan laut musim sejuk Norway, yang terkenal dengan kandungan DHA dan EPA yang tinggi. Ikan ini dibekukan serta-merta pada suhu -40°C dan diproses menggunakan garam teh hijau kering dari Boseong untuk rasa dan nutrisi yang unggul.

Disebabkan permintaan tinggi, Atomy tidak menukar pembekal atau menurunkan kualiti. Sebaliknya, mereka terus bekerjasama dengan pengeluar asal dan memberi mereka ruang untuk melatih pekerja mahir. Produk ini dulu pernah kekurangan stok, tetapi pengguna sanggup menunggu kerana mempercayai konsistensi kualiti Atomy.

Kini, jualan tahunan mencecah lebih 10 bilion KRW (RM32 Juta), membuktikan bahawa produk harian biasa juga boleh menjadi bestseller premium jika kualiti diutamakan.


Berus Gigi 990KRW (RM3.10)– Mewah Dalam Kehidupan Seharian

Contoh paling ikonik falsafah Atomy ialah berus gigi berharga hanya 990 KRW. Sebelum Atomy, pengeluar (Deotech Korea) sukar menjualnya pada harga 1,600–2,400 KRW (RM5 ~ RM7).

Atomy tampil memberi jaminan akan membantu memasarkan secara besar-besaran, dan membantu meningkatkan kecekapan pengeluaran melalui pembelian bahan secara pukal, menambah acuan dan mengautomasikan cara kerja.

Hasilnya, sebuah berus gigi premium dengan bulu halus antibakteria 0.03mm dapat dijual hanya pada 990 KRW(RM3.10). 200,000 unit pertama habis dijual dalam masa 3 hari.

Pendapatan tahunan Deotech Korea melonjak daripada 540 juta KRW (RM1.6 Juta) kepada lebih 20 bilion KRW (RM62.5 Juta), malah mereka bekerjasama dengan Atomy membina kilang di China.


Nilai Yang Membina Kepercayaan

Falsafah “Kualiti Mutlak, Harga Mutlak” Atomy bukan sekadar strategi — ia adalah komitmen untuk memberikan nilai sebenar kepada pengguna.

Dengan mengutamakan kualiti, kemudian mengoptimumkan kos agar harga menjadi mampu milik, Atomy mewujudkan kitaran kepercayaan pelanggan, kejayaan rakan kongsi dan pertumbuhan mampan.

Dalam pelbagai kategori — daripada kesihatan, penjagaan kulit, makanan hinggalah barangan rumah — Atomy membuktikan bahawa kemewahan boleh didemokrasikan.

Daripada memilih antara kualiti atau harga, Atomy memilih untuk menyampaikan kedua-duanya sekali — dan dengan itu, mengubah norma industri dan menetapkan standard baharu untuk nilai pengguna.

인터넷 익스플로러 사용자는 [도구]-[호환성보기] 를 클릭하여 호환성보기를 해제하여 주시기 바랍니다.

    LOG IN

    GLOBAL GSMC