Bagaimana Seminar Dalam Talian Menjana Perniagaan Atomy di Amerika Latin

Views 322 Date of filming
Print
Bagaimana Seminar Dalam Talian Menjana Perniagaan Atomy di Amerika Latin

300 orang menikmati program khusus seperti sesi Hallyu di seminar dalam talian setiap hari

Sharon Rose Masters Se-jin Song dan Laura Avalo menjalankan perniagaan Atomy secara dalam talian dan luar talian di Mexico, negara ke-13 terbesar di dunia dan berkeluasan 19 kali lebih besar daripada Korea.
Song dan Avalo percaya bahawa Atomy adalah model ekonomi terbaik dalam hidup dan mengadakan seminar web dengan sekitar 300 orang setiap hari.
  
△ Se-jin Song & Laura Avalo Sharon Rose Masters

Belajar Mengenai Produk Terlebih Dahulu, Digunakan Selama Dua Tahun
Sharon Rose Master Se-jin Song mengikuti ibu bapanya ke Paraguay semasa kecil.
Pada tahun 1999, dia bertemu dengan isterinya, Laura Avalo, dan menetap di Mexico.
Ketika Se-jin Song baru berusia 20 tahun dan pertama kali menemui rangkaian pemasaran, dia yakin perniagaan itu menguntungkan.
Tetapi dia memiliki persepsi negatif tentang rangkaian pemasaran setelah melihat ramai yang tersakiti akibat pihak yang tidak berprinsip.
Lebih daripada sepuluh tahun berlalu, dan pasangan itu menemui Atomy seakan sebuah takdir.
Mereka mengunjungi Korea pada tahun 2012 untuk menghantar anak-anak mereka mempelajari bahasa Korea.
Keluarga Song tinggal di sebuah bangunan yang menempatkan Pusat Pendidikan Atomy.
Isterinya, Laura, tidak boleh berbahasa Korea, tetapi dia menggunakan bahasa badan dan kalkulator untuk membeli produk.
Dia menjadi pembeli tetap selama lebih dari dua tahun.
Pada waktu dia kembali ke Mexico, dia diperkenalkan dengan perniagaan Atomy tetapi tidak menerima tawaran itu.

Produk Atomy, Popular di Mexico Juga
"Kembali ke Mexico, Master Song memulakan perniagaan makanan haiwan ternakan.
Dia sangat tertekan untuk perniagaan yang memerlukan pelaksanaan teknologi baru.
Beban semakin berat ketika hutangnya meningkat, tetapi dia tidak dapat berhenti kerana komitmennya sebagai ketua keluarganya.
Pada suatu hari, dia mendapat peluang dalam perjalanan perniagaannya ke Mexico City.
Dia diminta oleh seorang kenalan untuk bekerja sebagai jurubahasa pada masa lapang.
Dia kemudian mendengar tentang Atomy, sebuah syarikat yang dia telah lupakan, dalam teksi ke tempat untuk acara itu. "
"Saya mendengar bahawa ada ubat gigi yang sangat baik. Ketika saya bertanya adakah ianya ubat gigi Atomy, dia mengatakan ya.
Sungguh mengejutkan apabila mendengar ubat gigi Atomy di Mexico.
Saya pernah mendengar bahawa Atomy adalah syarikat antarabangsa, tetapi masih mengejutkan apabila mendengarnya di Mexico.
Beberapa hari sebelumnya, saya telah mendengar bahawa Atomy Mexico dibuka dan Pengerusi Han-Gill Park telah dating berkunjung.
Kali ini, saya terus setuju dan meminta untuk mendaftar sebagai ahli. "
Selepas pendaftaran, Song berjaga selama tiga malam untuk meneliti perniagaan Atomy dengan lebih lanjut.
Dia merasakan syarikat ini adalah berbeza.
Sesiapa sahaja boleh memperoleh keuntungan hanya dengan berbelanja dan memperkenalkan perniagaan Atomy kepada orang lain tanpa mendapat sebarang kerugian sekiranya mereka mematuhi prinsip dengan betul.

Sehingga 300 Peserta dalam Dua Kuliah Dalam Talian Sehari
Membuat keputusan adalah bahagian yang paling sukar.
Pasangan itu melakukan semuanya dengan Atomy selepas itu.
Avalo menerangkan tentang produk dan menjalinkan hubungan dengan pemilik perniagaan, di samping itu Master Song bertanggungjawab menguruskan kumpulan berkenaan.
Mereka Berjaya memperoleh dua kali ganda dengan memulakan perniagaan sebagai sebuah pasangan.
Walaupun mereka masing-masing mengambil alih pasukan mereka sendiri dan mengembangkan skop perniagaan mereka, masa dan wang yang terhad serta jarak antara wilayah adalah cabaran yang harus diatasi.
"Kami memerlukan satu hingga lima jam dengan pesawat untuk melakukan perjalanan dari wilayah ke wilayah di Mexico.
Saya memikirkan bagaimana untuk mengumpulkan orang sebanyak mungkin di satu tempat untuk Atomy, dan saya memperoleh satu kesimpulan: saya boleh melakukannya dalam talian. "
Dalam talian, mereka dapat bertemu dengan pengguna dan ahli perniagaan dari seluruh negara dan bahkan menjalin hubungan dengan orang di seluruh Amerika Latin, tanpa mengira waktu dan tempat.
Jumlah peserta seminar web mereka yang bermula dengan 10-20 orang sebanyak dua kali seminggu, telah meningkat.
Pada masa ini, kira-kira 300 orang mengambil bahagian setiap hari.
"Program pendidikan dalam talian kini mendapat tempat, tetapi pada mulanya, pasangan itu tidak biasa menjelaskan perniagaan mereka dalam talian.
Ini adalah waktunya 'Sinergi Super Kesatuan Hati’ Atomy memainkan peranannya.
Dia mengumpulkan rakan-rakan yang bekerja dengan baik satu persatu, membentuk pasukan dalam talian, dan merancang program.
Pada waktu pagi, penerangan produk dan cara penggunaan yang betul, cara menulis senario kehidupan, latihan asas pusat, dan program latihan budaya Hallyu diadakan.
Pada waktu malam, kuliah visi dan kaedah pengurusan organisasi pula diadakan.
Ahli perniagaan Mexico sangat menikmati program budaya Hallyu.
Kekuatan program ini adalah ianya memperkenalkan K-pop dan budaya lain Korea yang popular dalam kalangan orang Mexico untuk mewujudkan rasa keakraban antara satu sama lain.
Idea baru ini dicadangkan oleh pasukan dalam talian untuk menarik peserta untuk terus terlibat: dengan menambah elemen yang menyeronokkan.
Menjelang akhir sesi latihan dalam talian, para peserta akan disoal mengenai apa yang dibincangkan pada hari itu.
Peserta yang menjawab dengan betul akan memenangi hadiah."


△ Sharon Rose Masters Se-jin Song dan Laura Avalo, melakukan latihan produk dalam talian.

Matlamat Akhir: Imperial Master Pertama Amerika Latin
Sharon Rose Master Se-jin Song, telah mencuba pelbagai jenis perniagaan sebelum bertemu Atomy. Dia mengatakan bahawa Atomy adalah perniagaan paling mudah yang pernah dia lakukan.
Mereka berpendapat Atomy adalah perniagaan terbaik yang boleh dimulakan tanpa sebarang modal.
Pasangan ini mempunyai impian untuk menjadi Imperial Master pertama di Amerika Latin.
"Reputasi rangkaian pemasaran di Mexico bukanlah yang terbaik.
Walaupun Mexico adalah salah satu daripada sepuluh pasaran penjualan langsung terbesar di dunia, banyak yang kecewa dengan beberapa syarikat rangkaian pemasaran yang lain.
Orang tempatan di sini berpendapat bahawa walaupun produknya bagus, harganya adalah agak tinggi.
Tetapi itu tidak berlaku dengan Atomy.
Saya ingin memberitahu mereka tentang perbezaan itu di seluruh Amerika Latin dan di seluruh dunia.
Saya percaya bahawa itu adalah tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang ahli Atomy."
Sharon Rose Masters Se-jin Song dan Laura Avalo, melakukan latihan produk dalam talian.

인터넷 익스플로러 사용자는 [도구]-[호환성보기] 를 클릭하여 호환성보기를 해제하여 주시기 바랍니다.

    LOG IN

    GLOBAL GSMC