Ramen yang Dihasilkan oleh Atomy adalah berbeza - Ramen Potato Vegetarian Atomy

Views 270 Date of filming
Print

Ramen yang Dihasilkan oleh Atomy adalah berbeza - Ramen Potato Vegetarian Atomy

Produk unik yang menampilkan mi kenyal bersama dengan kuah yang enak dan menyegarkan

Ramen adalah makanan yang dimakan secara berkala dan kadang-kadang disajikan sebagai makanan ringan pada larut malam. Semua peringkat umur, baik muda atau tua, suka ramen, dan pengambilan purata di Korea ialah 74 pek setiap orang setiap tahun. Ianya adalah antara yang tertinggi di dunia dan ianya seperti memakan ramen sekali dalam 5 hari. Sekiranya anda adalah warganegara Korea, anda mungkin memakannya sekurang-kurangnya sekali, tanpa mengira status ekonomi atau sosial anda.

Atomy's Vegetarian Potato Ramen mempunyai mi yang lebih kenyal dan lebih lembut daripada produk lain. Rahsianya terdapat pada ramuannya: Atomy's Potato Ramen diperbuat menggunakan pati kentang Korea dan serbuk kentang. Jumlah kentang yang digunakan dalam Atomy's Ramen adalah setara dengan lima biji kentang mentah (90g).

Mari bercakap mengenai ciri-ciri kentang. Kentang adalah ubi akar beralkali yang mempunyai kandungan pati yang tinggi, dan bahkan disebut sebagai "epal bawah tanah." Ianya kaya dengan kalsium, kalium, dan vitamin C, dan juga diakui sebagai makanan rendah kalori yang dapat disimpan untuk waktu yang lama. Malangnya, kandungan vitamin C hilang ketika ianya dimasak.

Atomy's Vegetarian Potato Ramen mengandungi 6,000mg serat makanan, yang setara dengan satu setengah daun selada. Ini adalah produk yang bagus untuk menambah serat makanan, sesuatu yang kurang didapati dalam kebanyakan makanan moden. Sebahgian daripada ramen diperbuan daripada cendawan shiitake Korea kering, bawang hijau, wortel, dan rumpai laut.Bbahan-bahan ini memberikan kuah rasa yang enak dan menyegarkan. Di samping itu, serbuk perasa yang diperbuat daripada serbuk lada merah Korea memberikan ramen rasa pedas dan memuaskan. Atomy’s Potato Ramen tidak menggunakan perasa berasaskan bahan kimia dan tidak berminyak, dan ianya tidak mengganggu sistem pencernaan setelah dimakan. Mulai sekarang, dengan Atomy's Potato Ramen, anda boleh menyelam sambil minum air dengan menjaga kesihatan sambil menikmati makanan yang lazat pada masa yang sama.

 

Cara menyediakan hidangan Ramen Kentang Vegetarian Atomy yang enak

Bahan-bahan: 1 Ramen Kentang Vegetarian Atomy, bawang hijau, lada cili hijau, tauge
1. Masukkan 550 ml air ke dalam periuk dan rebus.
2. Apabila air mendidih, masukkan serbuk perasa, serpihan kering, dan mee ramen, rebus selama kira-kira 3 minit.
3. Sediakan dan potong tauge, lada hijau, dan bawang hijau, tambahkan ke dalam periuk dan rebus selama 1 minit 30 saat tambahan.
4. Tuangkan Ramen Atomy ke dalam mangkuk dan nikmatinya.

* PETUA: Sesetengah orang menyukai mi yang dimasak sepenuhnya, sementara itu ada yang menyukai mi dengan tekstur yang lebih kenyal. Bagi mereka yang suka mee yang dimasak sepenuhnya, tutup periuk dengan penutup semasa ramen mendidih dan mi akan menjadi lembut. Sebaliknya, jika anda suka mi yang lebih kencang, buka penutup semasa memasak dan kacau ramen beberapa kali.

인터넷 익스플로러 사용자는 [도구]-[호환성보기] 를 클릭하여 호환성보기를 해제하여 주시기 바랍니다.

    LOG IN

    GLOBAL GSMC