Makanan yang sihat dengan Ikan Kembung Masin Atomy

Views 215 Date of filming
Print

Tiada lagi kerisauan terhadap radiasi dan ianya sangat memudahkan, Makanan yang sihat dengan Ikan Kembung Masin Atomy

Ikan kembung – ikan yang biasa-biasa sahaja bertukar menjadi ikan bangsawan?
Ikan kembung telah lama menjadi kegemaran orang ramai. Ikan kembung adalah seekor ikan yang bernilai sebagai sumber protein yang berkualiti tinggi dan murah bagi individu yang kurang pengambilan makanan berasaskan daging. Tambahan pula, asid lemak tidak tepu seperti DHA dan EPA yang banyak didapati pada ikan bersirip biru seperti ikan kembung, membantu tumbesaran otak bagi remaja – terutamanya bagi pengambilan lemak dalam diet seseorang, dan juga dapat mengelakkan penyakit atherosclerosis dan strok. Walaubagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penangkapan ikan kembung telahpun berkurangan disebabkan oleh kebimbangan terhadap pencemaran radioaktif akibat krisis nuklear di Jepun, menyebabkan ianya semakin sukar untuk dinikmati berbanding sebelum ini.

Ikan Kembung Atomy


 

Ikan Kembung Norway Atomy adalah sebuah produk yang telah meraih banyak populariti daripada orang ramai, tanpa kebimbangan terhadap radiasi. Ikan kembung Norway telah diiktiraf di serata dunia dengan rasanya yang sedap dan kaya dengan nutrisi, dan anda boleh menikmatinya tanpa perlu risau tentang pencemaran radioaktif. Selain itu, Atomy telah memperoleh logo Norge, sebuah logo yang diiktiraf oleh kerajaan Norway yang menjamin kualiti dan keselamatan produk

 

Bagi Ikan Kembung Norway Atomy, hanya ikan kembung dengan kualiti terbaik sahaja ditangkap pada musim sejuk berhampiran persisiran pantai perairan Norway. Ianya diawet dengan garam dan teh hijau dari Boseong yang ditapai. Ianya semakin mudah untuk menikmati produk tersebut kerana segala lendir dan bau daripada ikan telahpun dinyahkan dan dibersihkan, jadi anda boleh terus memasaknya. Sebagai maklumat tambahan yang berguna, ikan kembung Norway mengandungi kandungan lemak sebanyak 26gram, dua kali ganda lebih banyak berbanding kandungan lemak yang terdapat pada ikan kembung yang ditangkap di perairan Korea yang hanya mengandungi sebanyak 13gram lemak.

Petua tentang cara memasak ikan kembung!
Terdapat banyak cara untuk memasak ikan kembung. Ianya boleh direbus, dipanggang, atau dikukus. Bagi memanfaatkan sepenuhnya nutrisi yang terdapat pada ikan kembung, cara yang terbaik adalah memakannya secara mentah sebaik sahaja selepas ianya ditangkap. Namun, ikan kembung mati dengan cepat setelah ianya ditangkap jadi ianya agak sukar untuk memakannya secara mentah melainkan anda berada di atas sebuah bot. Selain daripada memakannya sebagai sashimi, ikan kembung yang direbus atau dikukus adalah lebih bernutrisi berbanding ikan yang dipanggang. Ini kerana asid lemak tidak tepu, komponen nutrisi utama ikan kembung, akan berubah menjadi minyak ketika dipanggang, tetapi asid lemak tersebut kekal dalam bentuk asalnya ketika direbus atau dikukus.

Selain itu, ikan kembung akan menjadi lebih lazat jika anda memasak atau mengkukusnya bersama lobak putih. Ini kerana lobak putih sangat serasi dengan ikan kembung, rasa lobak putih dapat mengimbangkan rasa berminyak dalam ikan kembung.

인터넷 익스플로러 사용자는 [도구]-[호환성보기] 를 클릭하여 호환성보기를 해제하여 주시기 바랍니다.

    LOG IN

    GLOBAL GSMC