Atomy Chewable Calcium (Kalsium Boleh Kunyah Atomy)

Views 531 Date of filming
Print
Atomy Chewable Calcium (Kalsium Boleh Kunyah Atomy): Tulang yang sihat untuk seisi keluarga dengan kalsium dari susu asli
Tingkatkan Kesihatan Anda dengan Cara yang Mudah dengan Atomy Chewable Calcium

Manusia pada zaman kini hidup lebih lama daripada sebelumnya kerana jangka umur dijangka meningkat sehingga 100 tahun. Itulah sebabnya penjagaan kesihatan menjadi semakin penting. Khususnya, dalam mengekalkan tulang yang sihat kerana sistem rangka merangkumi seluruh tubuh kita dan merupakan asas kesihatan yang baik. 

 

Kalsium adalah nutrien penting untuk kesihatan yang baik, tetapi ianya adalah nutrien yang kurang didapati dalam diet kebanyakan orang. Atomy Chewable Calcium adalah suplemen kesihatan yang membolehkan anda mendapatkan nilai kalsium harian yang diperlukan oleh badan anda.

Atomy Chewable Calcium dengan tiga fungsi meningkatkan Kesihatan Tulang untuk Seisi Keluarga

Atomy Chewable Calcium menggunakan kalsium lebihan cecair susu yang diekstrak secara berpusat daripada susu asli. Sebagai makanan tambahan kalsium, kalsium tersebut mempunyai kadar penyerapan yang tinggi dalam tubuh manusia, menjadikannya sangat efisien. Untuk meningkatkan lagi kadar penyerapan, Atomy Chewable Calcium bukan hanya mengandungi vitamin D, tetapi juga magnesium dengan nisbah magnesium kepada kalsium sebanyak 2:1. Selain itu, Atomy Chewable Calcium mempunyai rasa yang enak, amat mudah diambil oleh seluruh keluarga, dari kanak-kanak hingga orang tua, untuk mendapatkan keperluan kalsium harian mereka.
Vitamin D memainkan peranan utama dalam mengawal kadar kalsium dan fosforus dalam badan. Vitamin D banyak didapati dalam minyak ikan, telur, mentega, hati, dan juga sinaran matahari. Sebilangan besar orang yang menjalani gaya hidup moden dengan aktiviti luar yang minimum didapati kekurangan vitamin D.
Magnesium digunakan oleh tubuh untuk mengawal reaksi lebih kurang 300 sistem enzim yang mengaktifkan saraf dan pengawalan otot.

Fakta Kesihatan yang Perlu Diketahui
Kalsium sudah diketahui amat penting untuk tulang yang sihat untuk semua peringkat usia. Namun, menurut data yang dikeluarkan pada tahun 2012 yang dikumpulkan oleh Statistics Korea*, kadar pengambilan kalsium adalah yang paling rendah di antara vitamin dan nutrien harian yang disyorkan oleh pihak kesihatan. Kita tahu bahawa kalsium adalah penting untuk kesihatan kita, namun ianya tidak mencukupi dalam badan kita. Atomy Chewable Calcium adalah kaedah mudah untuk mengatasi diet kekurangan kalsium untuk semua peringkat umur!

Makanan apa yang harus dimakan dan makanan apa yang harus dielakkan untuk menguatkan tulang.

* Pejabat Statistik Nasional, "Kecenderungan nisbah pengambilan nutrien dalam panduan perbandingan vitamin dan nutrien," 2012.

* Artikel ini telah dikaji untuk pemasaran dan periklanan oleh Korea Health Functional Food Association.

인터넷 익스플로러 사용자는 [도구]-[호환성보기] 를 클릭하여 호환성보기를 해제하여 주시기 바랍니다.

    LOG IN

    Atomy Stream