Masa untuk Penyembuhan bagi Orang Moden yang Sibuk - Teh Hijau Organik Atomy

Views 383 Date of filming
Print

Masa untuk Penyembuhan bagi Orang Moden yang Sibuk - Teh Hijau Organik Atomy
Teh hijau premium yang dihasilkan dengan daun teh organik ‘Sejak’ dari Pulau Jeju

Orang moden amat sibuk. Untuk bertahan dalam dunia yang sangat kompetitif ini, banyak tugasan yang perlu diselesaikan setiap hari dengan tergesa-gesa. Menurut sebuah kajian, segala maklumat yang harus dipelajari oleh orang pada Zaman Pertengahan sepanjang hidupnya harus dikaji oleh orang moden dalam seminggu. Itulah sebabnya mengapa rehat diperlukan dalam gaya hidup yang sibuk yang dilakukan setiap hari. Berhenti seketika dalam kesibukan menjadi suatu masa untuk penyembuhan bagi menghilangkan tekanan yang terkumpul dan untuk merenung kehidupan.

Teh Hijau Organik Atomy adalah teh hijau organik berkualiti tinggi yang sangat sesuai untuk penyembuhan orang moden yang sibuk dengan kehidupan. 'Sejak' adalah daun muda dari pokok teh yang dipetik dengan tangan, dipetik dari kebun teh organik yang terletak di Pulau Jeju, dan dikeringkan dengan baik. 'Sejak' juga dikenali sebagai teh 'Jakseol' kerana bentuk daunnya yang menyerupai lidah burung pipit, dan menurut Catatan Raja Sejong, ianya adalah produk yang khusus didedikasikan untuk istana kerajaan. Ragam teh ini dianggap sebagai kemewahan dalam kalangan penggemar teh kerana rasanya yang lembut, aroma yang murni dan warnanya yang harmoni. Ianya disebut dalam 'Prinsip dan Praktik Perubatan Timur' sebagai penawar diabetes yang menyeimbangkan tenaga dalam tubuh, membantu pencernaan dalam perut, menghilangkan sakit kepala, dan juga bertindak sebagai diuretik.

‘Sejak’ yang dihasilkan di Pulau Jeju diterima dengan baik kerana kualitinya yang sangat baik dan merupakan sebuah hasil alam semula jadi yang telah memenangi banyak anugerah dalam pelbagai pertandingan teh global. Pulau Jeju terkenal sebagai kawasan penghasilan teh hijau bertaraf dunia dengan keadaan yang optimum, sumber air yang baik, tanah, dan iklim yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok teh yang sangat berkualiti. Teh Hijau Organik Atomy mengandungi rasa dan aroma alam semula jadi Pulau Jeju yang bersih. Daun teh 'Sejak' dipilih dengan teliti pada pokok teh tempatan. Sebagai tambahan, produk ini telah membuktikan kualiti teh hijaunya dengan pengesahan daripada HACCP, sistem pengurusan keselamatan makanan pertama di dunia, dan bahkan telah memperoleh sijil GAP, iaitu sijil pengurusan produk pertanian yang sangat baik.

Ciri lain Teh Hijau Organik Atomy adalah ianya hanya mengandungi daun teh yang ditanam secara organik. Atomy menegaskan bahawa hanya daun teh yang ditanam secara organik digunakan untuk menyediakan teh hijau yang selamat dan mesra alam kepada pelanggan dengan kualiti tertinggi. Masalah terbesar yang dihadapi oleh penanaman organik pokok teh adalah kawalan serangga perosak dan penggunaan baja organik berkualiti tinggi. Kaedah yang digunakan Atomy adalah kaedah yang dipertimbangkan dengan teliti iaitu kaedah kawalan feromon yang menggunakan perangkap feromon dan dengan menggunakan baja organik yang terdiri daripada cecair yang diperah hasil gabungan biji ‘rapeseed’ dan minyak guano. Hasilnya adalah Teh Hijau Organik Atomy, teh berkualiti bertaraf dunia.

Untuk menikmati Teh Hijau Organik Atomy dengan betul, cara yang terbaik adalah dengan menurunkan suhu air yang dipanaskan dengan membiarkannya sejuk dan bancuh teh selama 2-3 minit sahaja. Kepahitan teh akan meningkat jika ianya dibancuh dengan cepat dalam air yang mendidih, dan rasanya tidak begitu segar sekiranya ianya direndam dalam waktu yang lama. Mari kurangkan tekanan badan dan minda yang terkumpul sepanjang kehidupan seharian kita yang sibuk, dan mari berehat seketika untuk sedikit masa penyembuhan diri dengan secawan Teh Hijau Organik Atomy.

인터넷 익스플로러 사용자는 [도구]-[호환성보기] 를 클릭하여 호환성보기를 해제하여 주시기 바랍니다.

    LOG IN

    GLOBAL GSMC