COVID-19 Juga Tidak Mampu Menghentikan Can’t Stop Perluasan Pasaran Luar Negara Atomy

Views 752 Date of filming
Print

COVID-19 Juga Tidak Mampu Menghentikan Can’t Stop Perluasan Pasaran Luar Negara Atomy
Colombia, India, Turki, Hong Kong Bersedia untuk Pelancaran pada Akhir Tahun Ini


Pada separuh kedua tahun 2020, Atomy dijangka mempercepatkan penembusan mereka ke dalam pasaran asing. Walaupun dengan krisis ekonomi dunia akibat COVID-19, ianya tidak mampu menghentikan Atomy daripada berkembang secara global, dengan perancangan untuk membuka cawangan di India, negara kedua paling popular; Turki, jambatan yang menghubungkan Timur Tengah dan Eropah; Colombia di Amerika Selatan; dan Hong Kong. Jika China ditambah ke dalam senarai, perkembangan luar negara Atomy pada 2020 akan melebihi jangkaan.

Colombia, pasaran penjualan langsung Amerika Latin ketiga terbesar selepas Brazil dan Mexico
Colombia, negara keempat paling besar di Amerika Selatan, bersempadan dengan Venezuela, Brazil, Peru, dan Ecuador, begitu juga dengan Lautan Caribbean dan Lautan Pasifik. Keluaran dalam negeri (GDP) Colombia adalah sebanyak $330.2 bilion pada tahun 2018 dengan populasi sebanyak 50 juta dan GDP per kapita sebanyak $6651.


Sebagai pasaran ketiga terbesar di Amerika Latin, Colombia adalah salah satu ahli Komuniti Andean dan juga blok perdagangan Pakatan Pasifik, yang mempunyai gabungan populasi sebanyak 200 juta orang. Colombia telah menunjukkan kestabilan politik dan pemulihan ekonomi yang mantap sejak tahun 2007 dan mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi dengan ciri-ciri geografinya yang terletak di pintu masuk benua Amerika Selatan dengan matlamat nasional untuk menjadi sebuah hab logistic di Amerika.

Colombia juga mempunyai potensi perkembangan dalam penjualan langsung yang memberangsangkan. Menurut Persatuan Penjualan Langsung Persekutuan Dunia (WFDSA), Colombia menduduki tempat ke-17 di dunia dan ketiga di Amerika Latin selepas Brazil ($9.8 bilion) dan Mexico ($6 bilion), dengan jualan langsung mencecah $2.3 bilion pada tahun 2018, meningkat sebanyak 0.4% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah penjualan langsung adalah sebanyak 2.4 juta pada tahun 2019. Kebergantungan yang tinggi pada pekerja tidak tetap, pasaran yang tertumpu pada industri perkhidmatan dan beberapa industri penghasilan, kebanjiran pelarian Venezuela, dan kadar pengangguran sebanyak 9.7% kelihatan akan banyak membantu pada pasaran penjualan langsung. Colombia kebiasaannya menghasilkan barangan perantaraan dan oleh kerana kurangnya penghasilan barangan yang keperluan pengguna, mereka banyak bergantung pada barangan yang diimport di mana ianya adalah kelebihan buat Atomy. Tetapi sejak pasaran dibahagikan mengikut golongan berpendapatan yinggi, sederhana dan rendah, strategi sasaran harga diperlukan berdasarkan jurang di antara mereka yang berada dan juga mereka yang kurang berkemampuan, dan juga perbezaan dalam cara hidup dan corak perbelanjaan mereka. Jika Atomy memberi respons secara proaktif kepada perubahan mendadak persekitaran pengguna serta mempromosikan produk kos efektif secara online dan melalui media social, Colombia mampu berkembang menjadi sebuah pasaran perdana Atomy di Amerika Latin. Barangan kosmetik dan penjagaan peribadi menyumbang kepada majoriti jualan langsung di Colombia iaitu sebanyak 43%, diikuti oleh Pakaian & Aksesori sebanyak 33% dan juga Produk Kesihatan sebanyak 9%. Barangan kosmetik dengan jualan tertinggi adalah minyak wangi ($579 juta), penjagaan oral ($537 juta), dan produk penjagaan lelaki ($517 juta). Purata juumlah perbelanjaan adalah sebanyak $79,80 seorang. Pengguna di Colombia berbelanja lebih kepada minyak wangi, produk penjagaan kulit, dan alat solek berbanding di Korea, di mana kosmetik asas adalah lebih popular.

Menurut Agensi Promosi Perdagangan-Pelaburan Korea (KOTRA), kadar perkembangan ekonomi Colombia dijangka akan meningkat dengan purata sebanyak 3% setiap tahun dari tahun 2019 ke tahun 2022. Selain itu, perbelanjaan peribadi juga dijangka akan meningkat sebanyak 3.7% pada tahun 2019 dan 3.2% pada tahun 2020. Chul Hee Kim, penyelidik di KOTRA berkata, “Semakiun berkembang golongan pertengahan di negara seperti Mexico, Colombia, dan Peru, daya saing dengan produk China dan India juga semakin bertambah tetapi minat terhadap produk Korea yang kos efektif dan berinovatif juga semakin meningkat.” Atomy Colombia kini berada pada persediaan terakhir dan bersedia untuk dilancarkan sebelum berakhirnya tahun ini.


Hong Kong, pusat kewangan Asia dan hab perniagaan antarabangsa

Walaupun Hong Kong adalah sebahagian daripada China, ianya beroperasi secara berlainan dan mempunyai ekonomi pasaran bebas yang teliti. Ianya juga dikenali sebagai pusat kewangan Asia dan juga hab perniagaan antarabangsa, tetapi dengan sebahagian besar daripada industrinya adalah berasaskan perkhidmatan, Hong Kong mempunyai kebergantungan yang tinggi pada negara asing. Semakin cepat persepaduan ekonomi dengan tanah besar, ianya akan menjadi landasan bukti kemajuan mereka ke dalam China. KOTRA menyatakan bahawa tidak seperti China, Hong Kong tidak memerlukan proses pensijilan seperti permit kebersihan untuk pengedaran kosmetik, sehingga berada dalam posisi unik untuk mengukur reaksi pengguna dan meningkatkan imej jenama Atomy sebelum dilancarkan di China. Menurut data WFDSA, angka penjualan langsung Hong Kong berjumlah $ 380.64 juta pada tahun 2019 dengan lebih daripada 260,000 wakil penjualan bebas. Purata kadar pertumbuhan tahunan dari tahun 2016 hingga tahun 2019 adalah 2.0% dan pertumbuhan tahun ke tahun adalah 1.9% pada tahun 2019. Produk Kesihatan adalah kategori terlaris dengan 62.4%, diikuti oleh Kosmetik & Penjagaan Peribadi dengan 27.6% pada tahun 2018. Produk kesihatan di Hong Kong dijual terutamanya melalui pasar raya, kedai serbaneka, dan peruncit bebas. Menurut data 2016 dari Korporasi Perdagagangan Agro-Perikanan & Makanan, ketiga saluran pengedaran ini masing-masing menyumbang sebanyak 70%, 17.2%, dan 3.6%. Peruncit bebas telah berkembang pada kadar 15.6% setiap tahun dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan menjadi sebuah saluran pengedaran utama untuk produk kesihatan kerana mereka mengisi kekosongan ketiadaan pasar raya atau kedai serbaneka sambil memberikan perkhidmatan yang mesra dan sesuai. Produk kesihatan mengikut fungsi disenaraikan sebagai kesihatan umum (39.4%), kesihatan penglihatan (28.0%), kesihatan otak dan ingatan (12.1%), kesihatan pencernaan (5.5%), dan bentuk bebas (4.5%). Korporasi Perdagagangan Agro-Perikanan & Makanan menyatakan, "Pasaran dijangkakan akan berkembang hasil peningkatan minat terhadap kesihatan, kehidupan seharian yang sibuk, dan populasi pengguna yang semakin tua di Hong Kong. Kecenderungannya berubah dari pengambilan banyak pil setiap hari kepada pengambilan banyak vitamin yang sesuai. "

Pasaran kosmetik Hong Kong tidak besar tetapi mempunyai implikasi yang signifikan dari perspektif strategik untuk maju ke China. Euromonitor meramalkan saiz pasaran Hong Kong akan meningkat sebanyak 6.8% dari $ 3.87 bilion pada tahun 2018 kepada $ 4.99 bilion pada tahun 2022. Produk utama adalah penjagaan kulit dengan 59.7% daripada jumlah penjualan, kemudian alat solek 15.1%, penjagaan rambut 7.2%, minyak wangi 5.4%, peralatan mandi 4.4%, dan penjagaan oral 3.8%. Pelembap dan produk anti-penuaan semakin popular. Saluran pengedaran utama adalah kedai kosmetik dengan perkongsian sebanyak 46.4%, diikuti oleh kedai serbaneka 18.6%, farmasi 15.1%, kedai runcit 10.9%, dan penjualan langsung 5.6%. Baru-baru ini, semakin ramai pengguna yang mencari produk kosmetik Korea, terutamanya topeng muka. Atomy Hong Kong bersiap untuk dibuka pada bulan September ini. Pendaftaran keahlian kini diterima di Korea, dan lebih daripada 5000 orang telah mendaftar.

India, keadaan yang baik untuk kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan kelas menengah yang semakin meningkat

Dengan populasi sekitar 1,38 bilion orang, pendapatan per kapita India lebih daripada $2000. Terdapat harapan yang tinggi untuk India kerana kadar pertumbuhan ekonomi tahunan hampir 7% dan jumlah pengguna yang berumur 15-59 tahun meningkat sementara kelas menengah semakin meningkat. The India Brand Equity Foundation (IBEF) menjangkakan pasaran pengguna India dapat mencapai $4 trilion menjelang tahun 2025. Pasaran penjualan langsung juga mengalami pertumbuhan pesat. Data WFDSA melaporkan bahawa penjualan langsung India, yang berada di kedudukan ke-15 di dunia, meningkat 12.1% menjadi $24.76 bilion (~ 2.9 trilion KRW) dari tahun 2018 hingga 2019, dan kadar pertumbuhan purata 3 tahun adalah sebanyak 16.3% dari tahun 2016 hingga 2019. Di samping itu, jumlah jurujual bebas adalah 5.75 juta, iaitu kurang 0.4% daripada jumlah penduduk, menunjukkan potensi besar untuk penjualan langsung di India. Produk utama adalah produk Kesihatan pada 55.0% penjualan, dan produk Kosmetik & Penjagaan Peribadi pada 27.0%, memandangkan bahagian barangan rumah dan barang tahan lama secara beransur-ansur meningkat. Produk kesihatan dan kosmetik dijangka menunjukkan pertumbuhan yang stabil sebagai penjual teratas di pasaran penjualan langsung. Dengan minat yang tinggi terhadap teknik pembuatan Ayurveda yang unik di India, perhatian yang tinggi perlu diberikan terhadap produk ayurveda, yang menggunakan ramuan yang serupa dengan perubatan oriental. Lebih-lebih lagi, minat terhadap produk Korea dengan pelbagai barisan dan kualiti hebat juga tersebar dari mulut ke mulut, sekaligus Atomy dapat mengharapkan hasil yang baik dengan kualiti dan harganya yang kompetitif. Pasaran penjualan langsung di India adalah tinggi dengan potensi kerana penduduk kelas menengah dijangka mencapai jumlah 547 juta pada tahun 2025. Walaupun masih berada di kedudukan ke-15 di dunia dengan penjualan kurang dari 3 trilion KRW, seseorang dapat mengatakan bahawa ia berpotensi untuk menandingi China pada masa depan. Atomy India telah menyelesaikan pembinaan pejabatnya pada tahun 2019 dan sedang menuju pembukaan pada separuh kedua tahun 2020. Ia telah mendaftarkan 65 produk dengan lebih banyak lagi dan dijangka lebih daripada 1 juta ahli akan mendaftar pada tahun ini.


Turki, pasaran yang optimis dengan pengangguran tinggi dan bahasa Turki yang mudah dipelajari



Saiz Pasaran Jualan Langsung di Turki
(unit: 1 juta lira)

Turki, pintu masuk ke Timur Tengah dan Eropah, secara geografinya berada di hujung barat Asia dan bersambung dengan Eropah. Dengan populasi lebih daripada 84 juta, ia mempunyai kemasukan dalam negeri (GDP) sebanyak $766.5 bilion pada tahun 2018 dan GDP per kapita sebanyak $9311. Pengedaran dalam talian berkembang dengan pesat, dan pemasaran melalui media sosial juga berkembang. Pasaran penjualan langsung Turki mencatatkan kadar pertumbuhan purata tiga tahun sebanyak 6.4% dari tahun 2016 hingga 2019 tetapi pada tahun 2019, ia menurun sebanyak 2.8% kepada $484 juta dengan sekitar 1.3 juta jurujual. Kosmetik menyumbang sebanyak 60.9% sementara barangan rumah dan barang tahan lama merangkumi 18.7% penjualan pada tahun 2014. Pasaran kosmetik Turki berkembang lebih daripada 15% setiap tahun dengan penjagaan rambut yang merangkumi 19.7% dari jumlah keseluruhan, diikuti dengan perawatan kulit 16.6%, solek 14.3%, dan minyak wangi 11.6%. Produk Korea seperti krim BB, topeng kecantikan, dan kompak kusyen semakin popular dan sangat menjimatkan, tetapi belum dikenali secara meluas. Pasaran makanan tambahan bernilai $152 juta pada tahun 2015 dan dijangka berkembang menjadi 255 juta euro (257.4 bilion KRW) menjelang tahun 2020. Permintaan untuk makanan yang mudah dan kaya dengan nutrisi seperti quinoa, biji chia, beras hitam, soba, dan alpukat telah meningkat kerana proses urbanisasi baru-baru ini, lebih ramai orang bujang, dan lebih ramai wanita yang mengambil bahagian dalam masyarakat. Atomy mengiktiraf Turki sebagai jalan masuk penting ke Eropah. Ia mempunyai kadar pengangguran yang tinggi hampir 13%, dan dianggap sebagai negara saudara kepada Korea. Bahasa Turki juga agak mudah dipelajari dengan corak tatabahasa yang serupa dengan bahasa Korea. Pembukaan di Turki sangat penting kerana ianya bukan hanya pasaran baru tetapi juga kem pangkalan strategik untuk jalan masuk ke Timur Tengah dan Eropah pada masa depan. Atomy Turki kini sedang dalam proses pembinaan pejabatnya dan mempunyai perancangan untuk memohon lesen pada bulan Julai.

인터넷 익스플로러 사용자는 [도구]-[호환성보기] 를 클릭하여 호환성보기를 해제하여 주시기 바랍니다.

    LOG IN

    GLOBAL GSMC