Atomy Di Tangga Ke-11 dalam Penjualan Langsung Global

Views 808 Date of filming
Print

Atomy Di Tangga Ke-11 dalam Penjualan Langsung Global
Melonjak 9 anak tangga sekaligus mendapat tumpuan dalam industri penjualan langsung global.


Atomy menduduki tangga ke-11 dalam kalangan syarikat penjualan langsung dengan catatan jualan sebanyak $1.3 bilion pada tahun 2019. Atomy memanjat 9 anak tangga dari kedudukan nombor 20 pada tahun sebelumnya dalam carta “DSN Global 100”. Senarai ini diterbitkan oleh majalah Berita Penjualan Langsung Amerika yang mengkompilasikan angka jualan syarikat penjualan langsung tersohor di seluruh dunia pada setiap tahun.

PENDAPATAN MELEBIHI $ 100 MILLION


Melonjak 9 anak tangga tahun ini
Senarai DSN Global 100, mengkompilasikan angka jualan yang diserahkan oleh syarikat jualan langsung global, telah diterbitkan secara tahunan sejak tahun 2009. Di samping statistik dari pelbagai negara yang dikeluarkan oleh World Federation of Direct Selling Associations (WFDSA), kedudukan data penjualan syarikat jualan langsung yang dikeluarkan secara terbuka ini adalah sumber berharga yang menunjukkan trend industri semasa dalam sekilas pandang. Berita Penjualan Langsung menyatakan senarai DSN Global 100 tersebut “dapat membantu perkembangan dan pertumbuhan syarikat penjualan langsung,” dan senarai ini “memberikan perspektif unik pada impak global dalam industri penjualan terutamanya kepada ekonomi dan masyarakat.” Atomy membuktikan status globalnya dengan penampilan pertama mereka dalam senarai DSN Global 100 pada tahun 2019, berada di tempat ke-20. Kini, Atomy telahpun menarik tumpuan industri penjualan langsung dengan memanjat 9 anak tangga ke tempat ke-11 dalam senarai yang dikeluarkan untuk tahun 2020. Atomy juga berada di tempat ke-9 dalam senarai 10 Peratusan Perkembangan Tertinggi dengan kadar perkembangan sebanyak 13.9% pada tahun 2019.

Walaubagaimanapun, mereka berjaya mengecilkan jurang dengan mencatat kadar perkembangan kedua tertinggi di antara syarikat yang memperoleh jualan lebih daripada $1 bilion. Mereka juga berjaya menduduki tempat ketiga dalam peningkatan jualan sebanyak $160 juta. Atomy mencatatkan jualan domestik berjumlah 1.08 trilion KRW (peningkatan sebanyak 11.3%) dan jualan asing yang berjumlah 389.4 bilion (peningkatan sebanyak 44.6%), menghasilkan jumlah sebanyak 1.4694 trilion KRW bagi tahun lepas. Di samping itu, perancangan Atomy untuk melancarkan empat pasaran luar negara baharu pada tahun ini termasuk China, India, Colombia, dan Turki, adalah sangat memberangsangkan. Di China, pendaftaran keahlian telahpun bermula pada bulan April, dan seramai lebih daripada 3 juta orang sudahpun berdaftar sebagai ahli dalam masa hanya dua bulan. Dengan trend ini, jualan asing Atomy dijangka akan berkembang lebih daripada 100% pada tahun ini berbanding tahun 2019. Ianya mungkin jangkaan yang agak tergesa-gesa, tetapi ianya juga adalah sebab mengapa kami berharap bahawa Atomy akan menjadi dalam kalangan syarikat “10 Terbaik” pada senarai “DSN Global 100” menjelang tahun 2021.

인터넷 익스플로러 사용자는 [도구]-[호환성보기] 를 클릭하여 호환성보기를 해제하여 주시기 바랍니다.

    LOG IN

    GLOBAL GSMC