4 Teknologi Utama Sistem 6 Penjagaan Kulit Atomy

Views 386 Date of filming
Print

Tiada seorangpun wanita yang akan marah apabila mereka dipuji cantik
Walaupun ianya hanyalah sebagai suatu cara untuk bertegur-sapa, kebanyakan wanita akan berasa gembira apabila mereka mendengar perkataan ‘cantik’. Walaupun ianya berbeza bagi setiap wanita, bersolek boleh dianggap sebagai bahagian penting dalam rutin harian mereka. Mereka cuba untuk kelihatan cantik; sebenarnya mereka berusaha untuk kelihatan lebih cantik dengan mengenakan alat solek. Bagi memuaskan keinginan wanita untuk kelihatan lebih cantik, pelbagai jenis produk kosmetik telah dihasilkan dan dijual. Ramai wanita yang tidak dapat menahan keinginan untuk menjadi lebih cantik, ada juga yang sanggup membelanjakan wang yang besar untuk membeli produk kosmetik ‘mewah’. Namun apa yang mengejutkan, harga muktamad bagi sesebuah produk adalah bergantung kepada kos pemasaran dan pengiklanan, berbanding harga bahan mentah yang digunakan dalam produk itu sendiri. Konklusinya, produk kosmetik ‘mewah’ ini dijual dengan godaan bahawa seseorang wanita akan kelihatan lebih cantik, berbanding kesan sebenar yang membantu seseorang menjadi lebih cantik. Produk ‘mewah’ ini juga bukanlah murah.

Sistem 6 Penjagaan Kulit Atomy setia pada kesannya yang benar-benar membuatkan seseorang kelihatan cantik, berbanding mencuba untuk menggoda wanita untuk menjadi lebih cantik. Pelbagai jenis bahan herba oriental disertakan dalam kandungan produk ini yang juga telah digunakan turun-temurun sejak ribuan tahun dahulu. Terdapat empat jenis teknologi gabungan: teknologi purifikasi dengan ketulenan tinggi, teknologi bio herba mentah, teknologi penapaian herba, dan teknologi kapsul kristal pelbagai.

 
1.Teknologi Purifikasi dengan Ketulenan Tinggi
Teknologi purifikasi dengan ketulenan tinggi adalah sebuah teknologi yang membuang oksida daripada daun teh hijau kering. Ianya adalah sebuah kaedah yang dicipta menggunakan teknologi gabungan maju di Pusat Penyelidikan Bioteknologi, Institut Penyelidikan Tenaga Atom Korea. Apabila daun teh hijau kering, sebahagian daripadanya teroksida menyebabkannya bertukar warna keperangan. Teknologi purifikasi dengan ketulenan tinggi menyahkan bahagian yang teroksida dan mengekalkan bahan yang berguna untuk mendapatkan ekstrak yang berkepekatan tinggi.

2.Teknologi Bio Herba Mentah
Teknologi bio herba mentah adalah sebuah teknologi bio baharu yang memproses herba dengan bersih tanpa mengeringkannya. Ianya adalah sebuah teknologi unik kepunyaan KOLMAR BNH yang mengekstrak kurang oksida dan lebih banyak bahan aktif berbanding herba kering. Terutamanya dengan mengekstrak herba segar dan memprosesnya setiap hari, ianya meningkatkan kepekatan dan kandungan ekstrak sekaligus meningkatkan keberkesanan produk kosmetik.

3.Teknologi Penapaian Herba Oriental
Ianya adalah teknologi penapaian menggunakan enzim pada mikroorganisma yang menguraikan bahan aktif menjadi bijiran halus agar kulit dapat menyerapnya dengan mudah. Teknologi ini digunakan untuk menghantar nutrien yang mencukupi kepada kulit dengan menyingkirkan bau cordyceps, yang mempunyai kandungan nutrisi yang banyak namun berbau kuat – menyukarkannya untuk digunakan pada skala yang besar sebagai sebahagian daripada bahan kosmetik.


4.Teknologi Kapsul Kristal Pelbagai
Bahan utama yang diperoleh sepanjang proses selepas tahap 1 ke 3, diproses menjadi saiz partikel ultra-halus (dalam bentuk kepekatan asal) yang lebih mudah diserap oleh kulit berbanding partikel emulsi biasa menggunakan teknologi kapsul kristal pelbagai kepunyaan KOLMAR BNH. Ianya adalah teknologi canggih yang berkesan dalam penghataran bahan aktif ke kulit dengan memprosesnya menjadi saiz yang lebih kecil berbanding liang kulit. Esen Sistem 6 Penjagaan Kulit Atomy telah diiktiraf kehebatan teknologikalnya dan dianugerahkan dengan Anugerah Young-Sil Jang IR52 yang ke-18, sebuah anugerah teknologi industrial yang paling berprestij di Korea pada tahun 2012. 



 Sistem 6 Penjagaan Kulit Atomy terdiri daripada enam produk: tona, losyen, esen, krim nutrisi, krim mata, dan krim BB. Dengan hanya satu siri, anda akan memperoleh penjagaan kulit secara total dari pelembapan ke nutrisi, dan penjagaan keanjalan, selain menghilangkan kedutan. Tambahan pula, krim BB yang dikenali dengan sifatnya yang mencerahkan kulit dan kesan perlindungan UV, telah disertakan dalam siri produk ini untuk meningkatkan kepuasan pengguna. Berbanding semua itu, ianya adalah produk ‘Masstige’ yang sejati, di mana ianya menyingkirkan kos pemasaran yang cuba menggoda wanita untuk kelihatan cantik. Sebaliknya, kualiti produk ditingkatkan di samping harga paling terendah dikekalkan.

 

인터넷 익스플로러 사용자는 [도구]-[호환성보기] 를 클릭하여 호환성보기를 해제하여 주시기 바랍니다.

    LOG IN

    GLOBAL GSMC