Atomy buktikan daya saingnya dalam teknologi global

Views 1,629 Date of filming
Print

2020. 8. 1 넥스트 이코노미

Atomy buktikan daya saingnya dalam teknologi global dengan kejayaan memperoleh ‘Anugerah IR52 Jang Young-Sil’

Seluruh dunia memberikan tumpuan kepada Teknologi Penghantaran Khusus pada Absolute CellActive Skin Care


Atomy, sebuah syarikat rangkaian pemasaran global yang turut serta dalam Kelab 1 Billion Dolar, telah membuktikan kehebatan teknologinya sekali lagi dalam sektor kosmetik. Keenam-enam produk dalam barisan kosmetik premium Atomy, ‘Absolute CellActive Skin Care’ telah memenangi ‘Anugerah IR52 Jang Young-Sil’ yang ke-92. Ianya adalah sangat penting kerana teknologi yang digunakan adalah diakui telah membuka langkah baharu dalam era semasa industri ini. Perkara ini juga agak menarik kerana ianya adalah hasil penat-lelah usaha dalam penyelidikan dan pembangunan produk kosmetik sejajar dengan trend global. 

Anugerah IR52 Jang Young-Sil yang diperoleh oleh Atomy baru-baru ini, dicipta pada tahun 1991 sempena memperingati Jang Young-Sil, seorang saintis terulung pada zaman Dinasti Joseon. Anugerah ini diberikan setiap minggu dengan memilih syarikat Korea atau calon institusi penyelidikan yang memacu innovasi dalam teknologi industrial dengan membangunkan dan mengkomersialkan teknologi baharu. Ianya adalah anugerah berprestij dalam bidang kosmetik, yang juga bertindak sebagai suatu piawaian bagi syarikat kosmetik dengan memperakui penyelidikan dan pembangunan teknologi syarikat tersebut. Ini bukanlah kali pertama Atomy dianugerahkan dengan Anugerah IR52 Jang Youn-Sil ini. Ianya adalah kali kedua selepas Atomy Essence, produk yang dihasilkan pada tahun 2012 berasaskan kapsul nano menggunakan teknologi penghasilan kosmetik dan biotek, memperoleh anugerah buat kali pertama. Dengan kejayaan ini, Atomy telah berjaya membuktikan daya saingnya dalam teknologi global, bukan sahaja dalam sektor makanan kesihatan, tetapi juga dalam sektor kosmetik. 

‘Teknologi Penghantaran Khusus’ diiktiraf sebagai sebuah teknologi inovasi

Di sebalik anugerah tersebut adalah ‘Teknologi Penghantaran Khusus’ yang digunapakai dalam Absolute CellActive Skin Care. ‘Teknologi Penghantaran Khusus’ bukan sahaja sebuah teknologi yang mengandungi bahan aktif yang memulihkan kulit, tetapi juga sebuah teknologi yang memastikan setiap bahan terserap dengan sempurna ke dalam sel kulit yang rosak. Sebab itulah teknologi ini diiktiraf sebagai teknologi inovatif dalam sektor kosmetik.  

Kunci kepada ‘Teknologi Penghantaran Khusus’ yang dihasilkan oleh Atomy adalah untuk mencari sel kulit yang rosak dan untuk menghantar bahan aktif ke sel tersebut dengan cepat dan efektif. Walaupun kulit kelihatan agak ringkas, terdapat banyak jenis sel berlainan yang berperanan dalam pelembapan, penganjalan, dan pencerahan kulit. Sebagai contoh, bahan aktif yang membantu pencerahan kulit perlu dihantar ke sel yang berperanan untuk mencerahkan kulit, manakala menghantar bahan aktif yang bertindak menganjalkan kulit ke sel berkenaan adalah sia-sia. Absolute CellActive Skin Care telah memaksimakan keberkesanan kecantikan dan pemulihan kulit dengan mengelakkan penghantaran bahan aktif yang salah ke setiap jenis sel, di samping hanya menyasarkan bahagian kulit yang rosak.
Atomy menerangkan bahawa teknologi yang digunapakai adalah serupa dengan terapi ubat sasaran dalam merawat sel kanser, di mana hanya sel kanser yang diserang tanpa menjejaskan sel sihat. Kesan pemulihan kulit dalam ‘Absolute CellActive Skin Care’, yang dihasilkan menggunakan teknologi tersebut, telah diiktiraf oleh Pusat Penyelidikan Klinikal Kulit P&K.

Keputusan berikut diperoleh daripada ujian klinikal yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Klinikal Kulit P&K, sebuah institusi ujian klinikal kulit. Ketumpatan kulit meningkat sebanyak 17.01%, manakala tona dan keanjalan kulit masing-masing meningkat sebanyak 2.74% dan 11.81%. Bagi penilaian peserta pula, produk ini juga turut diiktiraf kualitinya yang mantap, dengan memperoleh sebanyak 90% respons positif bagi pencerahan tona kulit, ketumpatan kulit, pelembapan dan penganjalan kulit. Apabila dibandingkan dengan purata keputusan ujian klinikal daripada jenama kosmetik global yang lain, peratusan pemulihannya adalah lebih daripada dua kali ganda. Sebagai mengiktiraf pencapaian tersebut, Atomy telah berjaya mendapatkan hak paten dari KIPO (Korea Intellectual Property Office). Atomy, dengan kerjasama Kolmar Korea - sebuah syarikat ODM kosmetik global - memperoleh hak paten daripada KIPO atas kesan pemulihan kulit dengan 'Teknologi Penghantaran Khusus' yang digunapakai dalam barisan produk Absolute CellActive Skin Care pada bulan Disember 2018 (Paten Berdaftar 10-1917854. Kapsul mikro yang mengandungi peptida dengan kemampuan mengikat dan mempunyai komposisi kosmetik yang mengandungi bahan tersebut). Dalam pada itu, paten antarabangsa PCT dan China telahpun diselesaikan dan ianya kini menuju pasaran kosmetik global.

 

Atomy Absolute CellActive Skin Care disukai ramai disebabkan kualitinya yang sangat baik. Produk tersebut terjual setiap 9 saat berikutan harganya yang berpatutan dan sangat menjimatkan kos, berbanding produk jenama lain yang mempunyai fungsi yang sama.

 

Terdapat sejumlah 6 produk dalam barisan ini: tona, ampoule, serum, losyen, kompleks mata, dan krim nutrisi. Sejak pelancarannya pada September 2017, jualan domestik telah mencecah sebanyak 300 bilion won dan terjual di 13 buah negara di seluruh dunia. Setakat Jun yang lepas, jumlah jualan domestik terkumpul mencecah 8.7 juta produk, dan ianya dijangka untuk mencecah angka 10 juta sebelum akhir tahun ini.
Populariti produk kosmetik Atomy dinilai berdasarkan kombinasi berikut: bahan yang bagus, kaedah penggunaan yang berbeza, pengurusan penghasilan yang selamat dan menyerluruh, harga yang berpatutsan, reka bentuk yang menarik, dan pemasaran yang dipercayai.

‘Cosmeceutical’ – penambahan teknologi farmaseutikal pada kosmetik


Baru-baru ini, produk ‘cosmeceutical’, perkataan gabungan daripada kosmetik dan farmaseutikal, telah mendapat perhatian yang luar biasa dalam pasaran kosemtik global. Ini merujuk kepada suatu produk yang menggabungkan fungsi rawatan farmaseutikal profesional dengan fungsi ringkas kosmetik. 'Teknologi Penghantaran Khusus' Atomy adalah salah satu contoh produk tersebut.

Atomy Absolute CellActive Skin Care telah menggabungkan kosmetik DDS (Drug Delivery System), dengan fungsi anti-penuaan dan pencerahan di samping mengekalkan komposisi yang serupa dengan kulit, dan teknologi sasaran farmaseutikal DDS yang menghantar bahan aktif ke sel-sel yang rosak dengan selamat dan tepat.
Di samping mencampurkan bahan aktif dengan kestabilan, bahan bagi setiap fungsi dihantar ke sel aktif dengan lebih berkesan untuk memaksimakan pemulihan kecantikan kulit.
Seorang pakar dalam industri kosmetik telah berkata, “Baru-baru ini, ianya adak sukar untuk menarik perhatian daripada pengguna dengan bahan yang digunakan dalam produk.” Beliau menambah, “Kejayaan atau kegagalan sesebuah produk ditentukan oleh keberkesanan bahan pada kulit, dan juga teknologi apa yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut. Sekaligus ini menunjukkan latar belakang daya saing Atomy dalam produk kosmetik mereka.”

Apakah simbolik di sebalik Kualiti Mutlak, Harga Mutlak Atomy?

Atomy Absolute CellActive Skin Care dianggap sebagai symbol ‘Kualiti Mutlak, Harga Mutlak’, sebuah prinsip yang diterapkan dalam Atomy. ‘Kualiti Mutlak, Harga Mutlak’ merujuk kepasa prinsip penjualan produk yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Ianya juga adalah prinsip penentu yang membantu perkembangan Atomy menjadi sebuah syarikat rangkaian pemasaran global, melepasi 1 trilion won dalam jualan. Ianya juga telah menguatkan statusnya sebagai sebuah syarikat rangkaian pemasaran termasyhur di Korea. Barisan Atomy's Absolute CellActive Skin Care yang dicipta hasil kajian bertahun-tahun, adalah sebuah produk kosmetik ‘anti-penuaan’, memulihkan kulit yang dimamah usia.

Empat daripada 6 teknologi sistem Penjagaan Kulit Atomy telahpun digunapakai dalam Atomy Absolute CellActive Skincare. Selain itu, teknologi CellActive™ serta Kod CellActive™, yang juga produk hasil teknologi sains kulit tersendiri Atomy, telah ditambah bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan kerapian penjagaan kulit.

Kod CellActive, yang merupakan teknologi teras dalam produk Absolute, adalah sebuah teknologi yang mempunyai nisbah optimal bagi EGF khas yang berasaskan tumbuh-tumbuhan berketulenan tinggi yang membantu penjanaan semula kulit, Dormin, ekstrak penapaian Yosemite, dan protein lupine, yang memaksimakan keberkesanan bahan aktif.
Bahan-bahan aktif berkenaan tidak disertakan mengikut nisbah yang sama untuk semua produk, tetapi ianya disertakan sekali dengan membezakan formulasi bahan, pengkhususan bagi anti-penuaan, pembentukan muka, dan pencerahan. Selain itu, bahan aktif tersebut yang dikuasakan oleh teknologi CellActive, sebuah teknologi penghantaran yang canggih dalam membantu penghantarn bahan aktif ke sel-sel tertentu dengan tepat, membantu memaksimumkan pemulihan dan penambahbaikan kulit.

Selain itu, kebanyakan produk kosmetik menggunakan air tulen sebagai asas ketika menambah ekstrak tumbuhan atau bahan pelembapan, namun bagi Atomy Absolute CellActive Skin Care pula menggunakan ‘Air Pati The Hijau’ dengan kesan pelembapan yang bagus, di samping tocopherol dan catechin, yang dikenali dengan sifat anti-penuaannya. Ini menunjukkan bahawa produk tersebut berada di tahap yang lain di mana asas sesebuah produk juga amat dititikberatkan.
Walaupun bahan yang bernilai serta teknologi sains kulit yang unik digunapakai, harga produk adalah jauh lebih rendah berbanding produk anti-penuaan yang berada di pasaran. Contohnya, syarikat L dengan produk anti-penuaan O, dijual pada harga 90,000won bagi tona (150ml), 110,000won bagi emulsi (150ml), 300,000won bagi ampoule (30ml), dan 270,000won bagi krim (45ml). Selain itu, produk krim anti-penuaan syarikat A pula dijual pada harga 750,000won (50ml). Dalam pada itu, jenama kecantikan global L pula dijual pada harga 110,000won bagi ampoule berisipadu sebanyak 20ml, dan jenama mewah C, dengan produk krim L berharga sebanyak 195,000won (50g)

Dalam pada itu, AtomyAbsolute CellActive Skin Care pula hanya dijual pada harga 33,000won bagi tona (150ml), 33,000won bagi ampoule (40ml), 33,000won bagi losyen (135ml), dan 33,000won bagi krim nutrisi (50ml). Perbezaan harga dan isipadu dengan jenama lain adalah sekurang-kurangnya dua kali ganti, dan sebanyak 20 kali ganda bagi beberapa produk. Ini membuktikan prinsip Atomy yakni ‘Kualiti Mutlak, Harga Mutlak’ di mana kualiti terbaik dihasilkan dan dijual pada harga yang paling berpatutan, diterapkan sepenuhnya di dalam produk ini.

Kualiti yang Bagus adalah Suatu Hadiah – Menyasarkan Reka Bentuk Terbaik 
Atomy Absolute CellActive Skin Care telah membuktikan merekalah yang terbaik di dalam industri walaupun dari aspek reka bentuk dengan tambahan kepada kualitinya yang sudah sedia dibuktikan. Set Atomy Absolute CellActive Skincare telah dianugerahkan Anugerah Menteri Perniagaan Kecil dan Sederhana dalam bidang reka bentuk pada tahun 2017 yang dianjurkan oleh Institut Promosi Reka Bentuk Korea dan ditaja oleh Kementerian Perdagangan, Indusri, dan Tenaga. Anugerah Reka Bentuk Terbaik diberikan kepada produk yang mempunyai reka bentuk yang dinilai berdasarkan sifat luaran, fungsi, bahan, dan nilai ekonomik sesebuah produk, berdasarkan Akta Promosi Reka Bentuk Industrial. Anugerah ini berlangsung setiap tahun sejak tahun 1985.

Barisan produk Absolute Atomy diterima dengan baik disebabkan identity jenama yang begitu ringkas, penuh semangat, dengan reka bentuk moden dan bersih. Selain itu, barisan Absoulte Atomy juga telah diiktiraf di seluruh dunia atas kecemerlangan reka bentuknya dengan memnangi Anugerah ‘Pinup Design’ dan Anugerah ‘SPARK Design’ dari Amerika Syarikat. Set Absolute CellActive Skincare, dengan pencapaian diiktiraf reka bentuknya dan juga kualiti yang terbaik, berada di tangga kedua dalam carta penjualan terbaik (93.8 bilion won), hanya HemoHIM (175.5 bilion won) mengatasinya dalam jumlah jualan dalam industri rangkaian pemasaran pada tahun 2019, dan berada di tangga pertama dalam kategori kosmetik.  

Temubual | Pengarah Eun-Young Lee, Pasukan Perancangan Produk Atomy ·
Penyelidik Senior Hyun-Sook Lee, Pusat Penyelidikan Penjagaan Kulit Kolmar Korea

“Pemasaran terbaik adalah kualiti terbaik bagi harga yang berpatutan.”

Sejak dari peringkat penghasilannya, Absolute CellActive Skin Care telah dicipta hasil kerjasama di antara Atomy, syarikat rangkaian pemasaran terulung di korea, dan Kolmar Korea, syarikat penyelidikan dan pembangunan kosmetik global. Kedua-dua syarikat telah membentuk pakatan yang strategik dan juga pasukan khas yang dianggotai oleh 9 orang penyelidik. Dua kakitangan Atomy termasuk Ketua Pasukan Perancangan Produk, Eun-Young Lee, dan penyelidik di setiap kategori essence, serum, ampoule, krim, losyen, dan krim mata, di samping Penyelidik Senior Hyun-Sook Lee daripada Kolmar Korea, telah turut serta di dalam pasukan khas tersebut.

Penyelidik Senior Kolmar Korea Lee, berkata, “Disebabkan bahan kosmetik kebiasaannya dikawal oleh syarikat pembekal, mana-mana syarikat boleh mengaksesnya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ianya semakin penting bagi industri untuk meningkatkan keberkesanan penghantaran bahan ke dalam kulit, daripada hanya bahan asas dalam produk kosmetik.”

 

Eun-young Lee, Pengarah Pasukan Perancangan Produk Atomy menyatakan, “Absolute CellActive Skin Care adalah produk yang paling laris terjual dengan jualan terkumpul sebanyak 300 bilion won. Tahun ini, dunia dilanda dengan krisis COVID-19. Namun begitu, jualan barisan produk ini tidak terjejas, dengan jumlah terkumpul sebanyak lebih daripada 10 bilion won secara purata setiap bulan. Setakat bulan Jun, jualan terkumpul mencecah sebanyak 8.7 juta unit, dan pada kadar ini, dijangka ianya akan melebihi 10 juta unit dalam tahun ini.”
Beliau juga menjangkakan bahawa keseluruhan pasaran akan mengecil disebabkan COVID-19, namun pihak syarikat sudahpun membuat persiapan rapi.


Lee menambah, “Kami menjalankan strim online bagi setiap seminar dan majlis bagi para ahli, dan mengelolakan perjumpaan virtual melalui pelbagai aplikasi perbincangan online. Pasukan video juga beroperasi sesame sendiri, menghasilkan video tentang pengenalan produk dan menyebarkan pautan video tersebut – membuatkan peralihan ke platform online lebih mudah. Jualan sebenar berubah-ubah setiap bulan, tetapi setakat hujung bulan Jun, Atomy merekodkan angka yang sedikit tinggi berbanding tahun sebelumnya.”

“Atomy tidak melakukan pengiklanan, namun barisan produk Absolute CellActive Skin Care telah menunjukkan prestasi yang konsisten sejak pelancarannya,” kata Lee. “Sekali lagi, pemasaran yang terbaik adalah dengan memastikan produk yang berkualiti dijual pada harga yang berpatutan.”

인터넷 익스플로러 사용자는 [도구]-[호환성보기] 를 클릭하여 호환성보기를 해제하여 주시기 바랍니다.

    LOG IN

    GLOBAL GSMC