Formula Kompleks Atomy Eye Lutein bagi Kesihatan Mata

Views 1,025 Date of filming
Print

Formula Kompleks Atomy Eye Lutein bagi Kesihatan Mata
Berjumpa lagi dengan mata yang lebih sihat

-Atomy Eye Lutein

Jika penglihatan semakin pudar, ramai yang berfikir ianya hanyalah sekadar fenomena semulajadi yang berlaku sejajar dengan meningkatnya usia dan mereka cenderung untuk membiarkannya tanpa memberi apa-apa perhatian dan penjagaan. Kekalkan postur badan yang baik dan rehatkan mata anda ketika membaca buku, menonton televisyen, atau melihat skrin komputer. Jauhi alcohol atau tembakau, kurangkan stress, dan minum air yang banyak bagi mengekalkan kesihatan mata anda. Bagi mengekalkan ketumpatan pigmen makula, yang berkurangan akibat penuaan, ianya adalah bagus untuk mengambil makanan tambahan yang bagus untuk mata anda secara konsisten.

Kelemahan otot, penuaan saraf optik atau retina, stress, televisyen, permainan video, merokok, penggunaan komputer berlebihan dan tabiat pemakanan yang tidak sihat boleh menjadi sebab kemerosotan fungsi mata anda. Ianya juga mungkin boleh disebabkan oleh kurangnya nutrien seperti lutein, vitamin A, dan beta-kerotene. Bagi sesetengah orang, kecacatan makula boleh berlaku apabila mereka mencecah usia 40 tahun dan ke atas. Oleh itu, bagi kehidupan yang sihat, anda perlu memberi perhatian dan penjagaan pada mata anda.

Atomy Eye Lutein bagi mengekalkan mata yang sihat

Ramuan utama Atomy Eye Lutein adalah lutein*, zink, dan vitamin A***. Bilberry, cowberry, blueberry, aronia, elderberry, blackcurrant disertakan sebagai ramuan tambahan. Ramuan lain seperti minyak benih borage, asid hyaluronik, dan oren manis (oren merah) juga turut disertakan.

Bahan berikut disertakan bagi mengekalkan kesihatan mata: Lutein – mengekalkan ketumpatan pigmen makula dan meningkatkan kesihatan mata. Vitamin A – suatu bahan yang diperlukan bagi adaptasi visual dalam kegelapan dan penukaran cahaya kepada signal transmisi saraf. Zink – membantu fungsi normall system immunisasi dan pembahagian sel. Berry yang kaya dengan anthocyanin – membantu mengekalkan kesihatan mata.

Aztec marigold dalam Atomy Eye Lutein ditanam secara tradisional di sebuah lokasi dengan tanah hitam organik yang subur dan kaya dengan nutrient di Mexico sentral, terletak di altitud 2000 meters atas paras laut. Selain itu, bunga marigold yang menerima cahaya matahari yang banyak, kurang hujan, dan cuaca yang sejuk sepanjang tahun dengan kualiti terbaik, dituai di antara bulan Julai dan Ogos dengan tangan berbanding mesin. 


Atomy Eye Lutein adalah bagus untuk individu berikut:
● Mereka dengan penglihatan yang semakin pudar akibat penuaan
● Mereka yang memandu di malam hari secara kerap
● Mereka yang gemar menonton televisyen
● Remaja dan pekerja yang banyak menggunakan komputer
● Mereka yang terdedah pada sinaran UV yang berbahaya
● Mereka yang memerlukan lebih nutrisi pada mata mereka


 

+ Petua tambahan
9 tabiat sihat bagi mata yang sihat

1) Bagi pengesanan awal amblyopia, ujian mata perlu dijalankan sebelum usia 4 tahun
2) Orang dewasa yang berusia 40-an perlu menjalankan ujian mata secara kerap
3) Rawatan berterusan bagi diabetes, hypertension, dan dyslipidemia (hyperlipidemia)
4) Mendapat nasihat doktor tentang penggunaan kanta lekap
5) Berhenti merokok
6) Memakai topi atau kaca mata hitam yang boleh menghalang sinaran UV ketika melakukan aktiviti luar.
7) Kekalkan suhu dan kelembapan dalaman yang sesuai, dan mengurangkan penggunaan komputer
8) Elakkan bekerja berlebihan yang memenatkan mata, dan kekalkan kecerahan cahaya sekeliling
9) Memakai peralatan keselamatan yang sesuai ketika bekerja dan bersenam


*Kemerosotan makula
Makula adalah tisu saraf yang terletak di tengah-tengah retina dalaman mata, di mana imej bagi sesuatu objek terhasil. Ini memainkan peranan yang penting dalam pengenalpastian dan pengklasifikasi warna. Kemerosotan makula adalah disebabkan pembentukan saluran darah yang tidak normal dakan retina akibat kecelaruan kepilari. Faktor lain seperti merokok, lemak yang tinggi, tabiat pemakanan berkalori tinggi, stress, obesiti, tekanan darah yang tinggi, dan sejarah keluarga yang menyebabkan kecelaruan tersebut.


**Lutein
Lutein, suatu bahan yang terdapat dalam retina dan makula, pigmen carotenoid berwarna jingga yang memainkan peranan yang penting dalam mengenalpasti objek dan warna. Ianya boleh terhasil daripada ekstrak bunga marigold. Semakin berusia, pigmen yang membentuk makula semakin pudar dan ketumpatan lutein juga berkurangan. Oleh itu, disyorkan untuk mengambil lutein sebelum mengalami penuaan bagi mengekalkan ketumpatan pigmen makula. Penguranan ketumpatan pigmen dalam makula secara tidak langsung menjejaskan kesihatan mata. Lutein juga mengurangkan cahaya biru yang merosakkan makula dan retina. Memandangkan lutein tidak boleh disintesis dalam badan, ianya perlu diambil melalui makanan. Lutein mempunyai kebolehan untuk menyerap radikal bebas yang melindungi saluran darah dan menambahbaik peredaran mikro.


***Vitamin A
Vitamin A boleh didapati dalam makanan berasaskan haiwan, dan sayur-sayuran berwarna hijau kekuningan mengandungi carotenoid, bahan yang merangsang vitamin A yang terdapat dalam badan. Dalam retina, cahaya ditukar kepada signal yang dihantar ke saraf dalam otak, dan vitamin A diperlukan semasa proses ini. Bagi mengekalkan fungsi visual, vitamin A dan protein, opsin, mestilah bercantum untuk membentuk rhodopsin. Apabila kekurangan vitamin A, sel rod tidak boleh membentuk rhodopsin, menyebabkan kesukaran untuk melihat dalam gelap. Selain itu, vitamin A boleh didapati dalam makanan seperti hati, lobak merah, ubi keledek, bunga matahari, tomato, makanan laut, yis, bayam, pasli, lobak kuda, zucchini, epal, dan daun bawang. 

인터넷 익스플로러 사용자는 [도구]-[호환성보기] 를 클릭하여 호환성보기를 해제하여 주시기 바랍니다.

    LOG IN

    GLOBAL GSMC