Alam Penuh Warna-warni – Makanan Berwarna Vitamin C Atomy

Views 5,941 Date of filming
Print

Alam Penuh Warna-warni – Makanan Berwarna Vitamin C Atomy
500mg Vitamin C bersama 7 jenis Makanan Berwarna!

[MAKANAN BERWARNA VITAMIN-C ATOMY]

Semakin hangat cuaca, badan menjadi lesu dan kelopak mata juga menjadi layu. Hidup lebih bertenaga dengan Makanan Berwarna Vitamin C Atomy, penuh dengan tenaga mata air yang menyegarkan. Makanan Berwarna Vitamin C Atomy berperisa mangga mengandungi 500mg Vitamin C dan 7 jenis makanan berwarna.

Makanan Berwarna Vitamin C Atomy mengandungi sejumlah tujuh makanan berwarna sebagai bahan kedua termasuk mangga, sitrus, labu, cendawan kuning, dan kunyit sebagai lima makanan berwarna kuning, dan dua makanan berwarna merah iaitu strawberi dan delima. Selain itu, ianya juga mengandungi bahan lain seperti kolagen ikan, serbuk ekstrak akar chicory, maltodextrin dan koenzim Q10.

Mengapa seseorang perlu mengambil Vitamin C?
Kebanyakan tumbuhan dan haiwan mampu menghasilkan vitamin C, namun manusia tidak mampu menghasilkan Vitamin C secara semulajadi, jadi mereka perlu mengambilnya dalam bentuk makanan; namun begitu, Vitamin C mudah teroksida dan musnah semasa penyimpanan, memasak, dan fasa pemprosesan. Kajian mengatakan jumlah Vitamin C yang diserap oleh tubuh badan adalah sama dengan pengambilannya sebagai makanan atau produk makanan nutrien tambahan. Jika seseorang kurang pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, mereka boleh mengambil Vitamin C – antioksidan yang diperlukan dalam badan – dalam bentuk Makanan Berwarna Vitamin C Atomy.

Kesan Vitamin C yang diiktiraf oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah
Pertama, ianya diperlukan bagi pembentukan dan pengekalan tisu penghubung.
Kedua, ianya diperlukan bagi penyerapan zat besi.
Ketiga, ianya diperlukan untuk perlindungan sel daripada oksigen jahat.

| Kesan Antioksidan Vitamin C |
Vitamin C, nutrient antioksidan, membantu menghalang dan melindungi radikal bebas yang terhasil dalam badan manusia disebabkan kerja yang berlebihan, makanan ringan, pencemaran, dan juga faktor sekeliling.



| Apakah itu Makanan Berwarna? |
Makanan Berwarna bermula di sebuah kempen yang dijalankan di Amerika iaitu ‘Five a Day’ yang bertujuan untuk menambahbaik tabiat pemakanan orang awam dengan menggalakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan sekurang-kurangnya lima kali sehari. Matlamatnya adalah untuk memupuk tabiat pemakanan yang seimbang, dengan rasa dan bahan adalah pelbagai bergantung kepada warna makanan tersebut.

Mkaanan Berwarna kebiasaannya terbahagi kepada lima warna: merah, hijau, kuning, hitam, dan putih. Phytokimia dalam warna makanan adalah nutrien yang mewakili warna tumbuhan seperti lycopene berwarna merah dan keratin berwarna kuning. Warna sedemikian memberi penegasan untuk perlindungan tumbuhan.

Makanan Berwarna Vitamin C Atomy adalah bagus untuk individu berikut:
■ Mereka yang mahu mengamalkan pengambilan Vitamin C
■ Mereka yang ingin menikmati Vitamin C dengan mudah dan sedap.
■ Mereka yang banyak memakan daging
■ Mereka yang tidak mempunyai masa makan yang tetap
■ Mereka yang tidak memakan sayur-sayuran dan buah-buahan secara kerap
■ Mereka yang memerlukan nutrien untuk penyerapan zat besi
■ Mereka yang penat dengan gaya hidup yang berulang dan mahukan kehidupan yang lebih bertenaga
■ Atlet aktif atau mereka yang bekerja dalam tempoh yang lama
■ Remaja yang masih dalam tempoh tumbesaran
■ Mereka yang memerlukan pembentukan dan pengekalan tisu penghubung
■ Mereka yang mahu melindungi badan daripada oksigen jahat yang memusnahkan sel

* Ruangan ini telah dikaji semula untuk penjenamaan dan pengiklanan oleh Persatuan Makanan Kesihatan Korea.

인터넷 익스플로러 사용자는 [도구]-[호환성보기] 를 클릭하여 호환성보기를 해제하여 주시기 바랍니다.

    LOG IN

    GLOBAL GSMC