Topeng Muka Gel 7 Solusi – Penghasilan Semula Kelembapan

Views 237 Date of filming
Print

Topeng Muka Gel 7 Solusi – Penghasilan Semula Kelembapan

Gunakan dua kali sehari!

Kepuasan dengan topeng muka yang menyerupai kulit anda!
- Topeng Muka Gel 7 Solusi


Topeng Muka Gel 7 Solusi adalah sebuah produk yang memelihara kulit kusam daripada sinaran UV musim panas dan bagi kulit yang kasar disebabkan angin yang kering pada musim luruh.
Quercetin dan herba segar yang diekstrak dan ditambah pada Topeng Muka Gel 7 Solusi, memelihara kulit kusam dan kering yang telah kehilangan keanjalannya disebabkan tekanan.

Produk ini juga mengandungi kolagen dan asid hyaluronic yang menambah kelembapan. Selain itu, bahan-bahan yang disahkan oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah juga telah ditambah – adenosine, bahan berfungsi yang membaiki kedutan, dan niacinamide, bahan yang mempunyai kesan memutihkan, membantu membersihkan dan memelihara kulit.

Kesan yang menenangkan, menambahkan kesegaran dan keselesaan pada kulit.


Ianya menenangkan kulit yang keletihan akibat sinaran UV yang kuat dan pencemaran. Selain itu, ianya mengandungi bahan lembut yang berasaskan tumbuhan bagi membantu melembapkan dan melembutkan kulit.

Air Hydrogel dan nisbah minyak yang membantu penyerapan yang lebih baik
Tidak seperti produk larut-air yang kebiasaannya digunakan, produk yang mempunyai nisbah minyak dan air yang seimbang ini adalah serupa dengan kulit manusia, yang meningkatkan lekatan dan serapan pada kulit – membantu kulit menjadi lebih sihat dan anjal.


Topeng Muka Gel 7 Solusi adalah sekeping helaian topeng muka yang melekat pada seluruh permukaan kulit dan membantu penjagaan daripada 7 isu utama kulit iaitu penyegaran, nutrien, memutihkan, tekstur kulit, keanjalan dan kedutan.

Cara Menggunakan Topeng Muka Gel 7 Solusi

① Selepas membersihkan muka, gunakan putik kapas yang dilembapkan dengan tona untuk pembersihan mengikut butiran pada kulit anda.
② Buka Topeng Muka Gel 7 Solusi dan cabutkan lapisan pada kedua-dua belah topeng.
③ Perlahan-lahan sapukan bahagian bawah topengmuka di sekeliling mulut supaya permukaan yang telah dialihkan lapisan sebentar tadi melekat pada kulit. Dengan cara yang sama, perlahan-lahan sapukan bahagian atas topeng muka di sekeliling mata.
④ Selepas lebih kurang 30 minit, cabut topeng muka dan perahkan cecair yang ada pada topeng untuk diserap oleh kulit.

Sempurnakan dengan losyen atau krim bergantung pada keadaan kulit.

+ Petua penggunaan Topeng Muka Gel 7 Solusi
Simpan di dalam peti sejuk bagi rasa yang lebih segar dan lembap.

+ Produk tambahan

인터넷 익스플로러 사용자는 [도구]-[호환성보기] 를 클릭하여 호환성보기를 해제하여 주시기 바랍니다.

    LOG IN

    GLOBAL GSMC