Atomy Mengorak Langkah ke Pasaran China

Views 944 Date of filming
Print

Atomy Mengorak Langkah ke Pasaran China
Pelancaran pusat beli-belah dalam talian berasaskan penjualan vendor… Produk ‘masstige’ dijangka mendapat perhatian yang menggalakkan.


Kempen Atomy dalam pasaran China akhirnya bermula. Atomy China mengumumkan pada 1 April melalui laman web mereka bahawa pendaftaran keahlian pengguna dan perniagaan syarikat kini telahpun dibuka. Ini menandakan permulaan secara rasminya perniagaan syarikat ini di China.

Dengan meluaskan pengaruh ke pasaran global, secara tidak langsung pelancaran Atomy di China telah menarik perhatian banyak pihak. Hal ini kerana China memiliki sebuah pasaran domestik yang kuat dengan populasi sebanyak 1.4 billion, menjadikannya sebagai sebuah pasaran yang amat sesuai untuk penjualan langsung.
Mari kita lihat apakah jenis produk yang dijangka akan dijual di China dan model operasi apakah yang akan digunakan bagi menjalankan perniagaan ini.

Minat yang Memberangsangkan daripada China
China pernah digelar sebagai kilang terbesar di dunia, tetapi pada hari ini tidak disangkal lagi bahawa ianya juga adalah sebuah pasaran yang terbesar di dunia. Pada masa dahulu, terdapat banyak syarikat memindahkan kemudahan pengeluaran dan kilang ke China bagi mengurangkan kos pengeluaran termasuk kos buruh. Walaubagaimanapun dengan perkembangan drastik pasaran domestik China dan pelaburan syarikat-syarikat global – yang menyasarkan pasaran China – semakin meningkat.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Nasional China pada tahun lepas, keluaran dalam negara kasar (GDP) China telah meningkat ke 99 trillion 86.5 billion yuan (kira-kira 1 quadrillion 7150 trillion won), peningkatan sebanyak 6.1% berbanding tahun sebelumnya. Dalam pada itu, GDP per kapita China berjumlah 70,892 yuan, dan bernilai sebanyak $10,276 selepas ditukar ke kadar tukaran asing tahunan bagi US dolar. Ini adalah kali pertama dalam sejarah China melepasi jumlah 10,000-dolar GDP per kapita. Tambahan pula dengan gelaran China sebagai sebuah negara dengan populasi terbesar di dunia iaitu sebanyak 1.4 billion menjadikannya sebagai sebuah pasaran yang lebih menarik bagi pelaburan.

Pada perspektif industri penjualan langsung juga, China adalah sebuah pasaran yang menarik. Apabila melihat laporan yang diterbitkan pada tahun lepas oleh Persatuan Penjualan Langsung Federasi Dunia (WFDSA, “Jualan Runcit Global 2018 dalam Industri Penjualan Langsung”, China telah dinobatkan sebagai pasaran terbesar di dunia mengatasi Amerika Syarikat dengan jurang yang kecil. Setakat tahun 2018, saiz pasaran penjualan langsung di China berjumlah sekitar $35 billion 732 juta. Jika mengandaikan Hongkong dan Taiwan sebagai sebahagian daripada pasaran China, dianggarkan jumlahnya mencecah kira-kira $40 billion. Tambahan pula, jumlah sebenar pasaran dikatakan berjumlah dua kali ganda – dengan mengambil kira spekulasi lebih daripada 1,000 buah syarikat yang beroperasi tanpa lesen yang sah.

Melalui konteks ini, Atomy memperoleh lebih banyak perhatian sejak mengumumkan pelancaran perniagaan di China selepas sekian lama. Sejak 1 April, Atomy China telah menerima pendaftaran keahlian pengguna dan perniagaan syarikat melalui laman web rasmi mereka, dan mereka juga telah melancarkan seminar online bagi menyalurkan infromasi berkaitan pelancaran mereka di China. Pelancaran Atomy China baru-baru ini dijangkakan membuka langkah bagi industri rangkaian pemasaran Korea untuk memasuki pasaran China.

Berita tentang pelancaran Atomy China juga telah mendapat perhatian dalam pasaran China. Ini kerana sejak Atomy ditubuhkan pada tahun 2009, syarikat tersebut telah menyediakan produk yang berkualiti pada harga yang berpatutan berdasarkan strategi Kualiti Mutlak dan Harga Mutlak mereka. Pada masa yang sama, mereka juga banyak membantu ahli-ahli mereka untuk berjaya dalam perniagaan.

Bukan hanya di China, terdapat juga maklum balas yang memberangsangkan daripada Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, Taiwan, Singapura, Kemboja, Filipina, Malaysia, Mexico, Thailand, Indonesia, Australia, dan Rusia – yang menjadi salah satu sebab mengapa Atomy mendapat sebegitu banyak perhatian.

Jang Su Ping, Setiausaha Parti Yantai telah melawat pembinaan tapak ibu pejabat Atomy China ketika memeriksa Taman Industri Promosi Pelaburan Antarabangsa Yantai, Taman Indsutri Korea-China (Yantai), Zon Bebas Perdagangan daerah Yantai, dan Kompleks Industri Bahan Baharu China-Jerman. Ini juga membuktikan banyak minat yang ditunjukkan terhadap Atomy.


Beroperasi menggunakan Model Vendor melalui Pusat Beli-belah Internet
Atomy China telahpun bertapak di Bandar Yantai, di timur laut Wilayah Shandong. Yantai, terletak di bahagian paling hujung di timur laut Semenanjung Shandong di China adalah bandar China yang paling dekat dengan Korea, memiliki populasi kira-kira 7 juta dan 60 ribu. Tambahan pula, Yantai bertindak sebagai hab yang menghubungkan Beijing dengan seluruh ekonomi di negara Asia Timur. Selain itu, Forbes, sebuah majalah perniagaan terkenal Amerika Syarikat meletakkan Yantai sebagai bandar kelima terbaik bagi pembangunan logistik di China.

Atomy menjalankan perniagaannya menggunakan model vendor melalui pusat beli-belah internet mereka yang tersendiri.

Vendor adalah seseorang yang mempunyai peranan yang penting dalam saluran pengedaran di China, berperanan sama seperti seorang agen di Korea. Oleh itu, seseorang mestilah menandatangani Kontrak Vendor dengan Atomy di samping memperoleh lesen perniagaan bagi menjalankan perniagaan di China. Buat masa kini, pusat beli-belah Atomy masih di bawah pembinaan dan ianya sudah hampir siap.

Berkaitan perkara ini, seorang kakitangan syarikat menyatakan, “Sejak pendaftaran permit penjualan langsung tertangguh dari tahun lepas, syarikat akhirnya telah memasuki pasaran China melalui penjualan vendor bersama pusat beli-belah internet.” Dia menambah, “Sebuah kajian bersama telahpun dijalankan dalam koordinasi dengan ramai cendekiawan, pakar, dan para peguam bagi memastikan kaedah ini adalah sah di sisi undang-undang dan stabil. Selepas pelbagai kajian semula dijalankan, syarikat telah memutuskan untuk meneruskan dengan kaedah ini.

Secara amnya, bagi menjalankan penjualan langsung di China, sesebuah syarikat mestilah memperoleh permit penjualan langsung berdasarkan pada Ketetapan Pengurusan Penjualan Langsung. Walaubagaimanapun, industri penjualan langsung di China beroperasi melalui seorang penjual, vendor atau melalui rangkaian sosial.

Bagi menjadi seorang vendor langsung, seseorang mestilah mendapatkan latihan dan lulus peperiksaan, dan mereka tidak boleh melakukan perniagaan di luar bidang jualan mereka. Seseorang jurujual langsung mestilah menunjukkan permit penjualan langsung sebelum menjual produk. Walaubagaimanapun, sebagai seorang vendor, tiada langsung sekatan yang dikenakan dan mereka bebas menjual produk mengikut kontrak bersama syarikat. Selain itu, disebabkan kurangnya kepelbagaian peraturan dan sekatan oleh Ketetapan Pengurusan Penjualan Langsung, model vendor dikatakan menyumbang pada perkembangan industri penjualan langsung di China.

Berdasarkan pengumuman konferens akademik gabungan Korea-China yang diadakan di Universiti Beijing pada Januari, kesemua syarikat penjualan langsung di China yang memperoleh lesen untuk menjalankan penjualan langsung kini menggabungkan kaedah mereka dengan penjualan vendor. Tambahan pula, beberapa syarikat sudah beroperasi dalam rangkaian pemasaran melalui penjualan vendor atau rangkaian sosial ketika pendaftaran permit perniagaan mereka masih lagi diproses. Sebenarnya, dianggarkan sebanyak lebih daripada 1,000 syarikat yang menjalankankan aktiviti rangkaian pemasaran tanpa permit yang sah. Dikatakan juga syarikat-syarikat yang beroperasi dengan permit yang sah, 80% daripada syarikat tersebut memperoleh jualan melalui kaedah penjualan vendor berbanding kaedah penjualan langsung. Walaupun begitu, mengapa syarikat penjualan langsung di China masih berusaha mendapatkan permit penjualan langsung adalah kerana syarikat yang memperoleh permit tersebut akan melalui pemeriksaan yang amat ketat oleh agensi kerajaan. Kepercayaan oleh agensi kerajaan dan pengguna diperkuatkan dengan cara begini.

Sebenarnya, permit penjualan langsung China amat dikenali dengan piawaian permohonan yang sangat tinggi – penyerahan permohonan pun amat merumitkan dan proses penilaiannya adalah sangat sukar, di mana boleh mengambil masa selama dua ke tiga tahum bago keseluruhan proses. Bagi memohon permit penjualan langsung, syarat undang-undang di bawah Artikel 7 Ketetapan Pengurusan Penjualan Langsung mestilah dipatuhi bagi menjalankan perniagaan tersebut. Bagi syarat undang-undang, sesebuah syarikat asing mestilah mempunyai pengalaman menjalankan penjualan langsung lebih daripada 3 tahun, dan tiada rekod aktiviti yang menyalahi undang-undang dicatatkan dalam tempoh 5 tahun sebelum permohonan permit. Secara amnya, sesebuah syarikat perlu membayar kapital lebih daripada 80 juta yuan (lebih kurang 13.6 billion won) dan deposit sebanyak 20 juta yuan (lebih kurang 3.4 billion won). Tambahan, ianya adalah perlu untuk mempunyai sistem dalaman seperti pendedahan penjualan langsung. Bagi syarat untuk operasi perniagaan, produk bagi penjualan langsung mestilah wujud dan syarikat wajib memiliki kemudahan pengilangan di China.

Proses ini sangat meletihkan dan membosankan. Permohonan mestilah dihantar kepada pusat pemerintahan tempatan bergantung pada lokasi pemohon. Seterusnya, ianya mestilah dihantar kepada Kementerian Perdagangan China melalui kerajaan wilayah. Selepas itu, permohonan yang dihantar dikemukakan kepada Pentadbiran Awam China dan Kementerian Keselamatan Awam bagi tujuan siasatan pengurusan haram dan jenayah. Jika tiada apa-apa sebab untuk disingkirkan, permohonan boleh dikajisemula dan diterima oleh Kementerian Perdagangan.

Disebabkan oleh prosedur yang cerewet dan menyeluruh, kakitangan penjualan langsung di China telah mengakui banyak syarikat mengalami kesukaran untuk menguruskan syarikat selepas memperoleh permit. Disebabkan ini juga, kebanyakan syarikat yang memohon permit penjualan langsung, menjalankan aktiviti perniagaan mereka menggunakan kaedah penjualan vendor sebelum permit mereka disahkan oleh kerajaan. Apabila mereka memperoleh permit, kebanyakan syarikat hanya menambah kaedah penjualan langsung dalam operasi perniagaan mereka.

Lebih-lebih lagi, pengeluaran permit penjualan langsung telah terhenti kerana Krisis Tsuenzen pada tahun lalu yang disebabkan oleh aktiviti haram syarikat yang mengiklankan produk mereka secara palsu. Ketika ini, sekitar 100 perusahaan telah menghantar permohonan permit penjualan langsung ke Kementerian Perdagangan, dan mereka masih menunggu keputusannya. Namun, tidak ada siapapun yang tahu bilakah permit itu akan dikeluarkan.

Kakitangan Atomy membuat pernyataan mengenai masalah ini, “Atomy China akan terus berusaha untuk memperoleh permit penjualan langsung. Sebaik sahaja syarikat memperoleh permit penjualan langsung, kami merancang untuk menjalankan perniagaan penjualan langsung dengan mempraktikkan kaedah penjualan vendor dan penjualan langsung."

Matlamat untuk Menjadi Nombor 1 dalam Industri
Atomy juga menambah momentum dalam pembinaan kilang-kilangnya, sesuatu yang diperlukan oleh syarikat untuk memasuki China. Pada tahun 2017, Atomy China telah mendaftarkan dan berpindah ke Bandar Yantai, Wilayah Shandong. Pada masa ini, syarikat sedang mengusahakan projek Pangkalan Pengeluaran Atomy, yang terbahagi kepada tiga peringkat.

Pembinaan Kilang 1 sudah selesai. Pengeluaran untuk berus gigi dan peralatan dapur telah diluluskan dan telah memulakan pengeluaran besar-besaran. Ketika ini, Pusat Visi dan Kilang Makanan Kesihatan Atomy China, yang merupakan fasa kedua Pangkalan Pengeluaran Atomy, sedang dalam proses pembinaan. Selain itu, fasa ketiga Pangkalan Pengeluaran Atomy, yang akan merangkumi produk makanan kesihatan jenis cecair dan Kluster Industri Atomy, akan mula dibina pada tahun 2021. Seperti yang dilakukan di Korea, Atomy China akan melaksanakan strategi 'masstige' untuk mensasarkan pasaran China dengan menumpukan perhatian pada produk yang dikeluarkan di Pangkalan Pengeluaran Atomy yang terletak di Kompleks Perindustrian China-Korea di Bandar Yantai. Pada mulanya, ketika pusat membeli-belah rasmi Atomy dilancarkan, syarikat akan melancarkan produk penting harian seperti penjagaan kulit, alat solek, penjagaan badan, tempat tinggal, dan produk yang berkaitan dengan makanan.

Pasaran kecantikan China adalah salah satu pasaran yang paling pesat berkembang di dunia, bernilai 452.6 bilion yuan (sekitar 75 trilion 273 bilion won). Walaupun kemerosotan pasaran telah berpanjangan kerana kesan jangka panjang COVID-19, permintaan untuk kosmetik masih kuat seperti sebelumnya. Mi-Jin Jo, seorang penyelidik di NH Investment & Securities menyebut, "Pada bulan Februari, jumlah eksport kosmetik meningkat sebanyak 13%, dan eksport ke China saja meningkat 16% berbanding tahun sebelumnya," tambahnya, "Tidak ada Percutian Tahun Baru Cina, dan tempoh penghantaran lebih lama kerana tahun lompat Februari ini. Walaupun dengan mempertimbangkan kesemua faktor ini, prestasi syarikat tidaklah seteruk berbanding apa yang dibimbangkan. " Di samping itu, diharapkan pertumbuhan saluran tanpa kedai seperti perniagaan dalam talian dan membeli-belah rumah meningkat kerana wabak tersebut. Pada mulanya, dijangkakan pelbagai produk yang tersedia di pusat membeli-belah dalam talian akan menjadi sangat terhad. Namun, jika Atomy China secara beransur-ansur dapat meningkatkan jumlah produk yang dijual, maka itu akan memberi kesan dalam kehidupan seharian pengguna di China. "

Atomy China merancang untuk menjual produk buatan domestiknya di China dan pada masa yang sama mencari produk unggul untuk mendapatkan pasaran luar negara sesuai dengan strategi Global Sourcing Global Sales (GSGS). Dijangka produk bersumber tersebut akan tersedia di cawangan Atomy lain di luar negara, yang akan menyumbang kepada industri eksport China. Atomy China sudah mula mencari syarikat rakan kongsi R&D yang luar biasa untuk memikul tugas seperti itu. Seorang kakitangan syarikat berkata, "Atomy melaksanakan 'Dasar Satu Syarikat Satu Produk'." Dia menambah, "Sistem ini bekerjasama dengan hanya satu pengeluar untuk satu produk, bukan hanya menjaga kualiti produk, tetapi juga menguntungkan Atomy, syarikat kongsi, dan pengguna juga. Sistem yang sama akan dilaksanakan di China juga."

Di samping itu, Pusat Visi Atomy China - yang akan terdiri daripada Pusat Promosi Korporat Atomy, Pusat Promosi Produk, kemudahan seminar yang besar, dan semua kemudahan - akan memperkenalkan model penjualan langsung Atomy yang berfokus kepada pengguna di China. Pusat ini juga akan digunakan sebagai pusat latihan untuk pendidikan para ahli.

Atomy juga merancang untuk memberikan latihan intensif berdasarkan prinsip untuk vendor. Pada tahap terkecil, syarikat bermaksud mewujudkan pengurusan yang jujur dengan mematuhi norma, undang-undang, dan peraturan perusahaan. Tujuannya adalah untuk menjalankan pendidikan berdasarkan prinsip ini secara berkala untuk menjadikan perniagaan penjualan vendor Atomy sebuah organisasi yang berfokus pada perkhidmatan di China. Di samping itu, untuk semua projek di Pangkalan Pengeluaran Atomy, pekerja tempatan akan diambil terlebih dahulu, dan bahan mentah untuk produk tersebut akan diperoleh secara tempatan. Pada masa yang sama, produk khas Bandar Yantai akan diperkenalkan kepada ahli Atomy di seluruh dunia, yang akan meningkatkan pasaran eksport Bandar Yantai.

Yang paling penting, Atomy China akan mengembangkan rancangan jangka panjang dengan syarikat-syarikatnya untuk membina Kompleks Perindustrian Atomy di Taman Perindustrian China-Korea Yantai, yang diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi China.

Byong-Gwan Park, Pengurus Cawangan Atomy China menyatakan, "Produk ‘masstige’ Atomy dan budaya berdasarkan prinsip akan menimbulkan kesan besar di China." Dia juga menambah, "Tujuan jangka panjang adalah untuk menjadi syarikat nombor 1 yang memimpin industri dalam semua aspek termasuk penjualan dan sumbangan sosial."

Atomy China kini berada di tahap awal, dan masih tidak jelas adakah ianya akan berjaya diselesaikan atau tidak. Walaubagaimanapun, kejayaan Atomy di pasaran China tidak akan menjadi matlamat yang mustahil sekiranya para ahli mematuhi garis panduan syarikat untuk mengelakkan salahlaku atau melanggar prinsip syarikat. Pasaran China berbeza dengan pasaran negara lain dalam banyak hal, termasuk lingkungan pasaran, peraturan, dan sistem perniagaan. Sekiranya Atomy China menjalankan perniagaan dengan mempertimbangkan perkara seperti itu, Atomy tidak akan mencapai matlamat utamanya untuk menjadi Hab Pengedaran yang memperoleh produk terbaik di seluruh dunia dan menjadikan produk tersebut tersedia untuk seluruh dunia.

 

 

인터넷 익스플로러 사용자는 [도구]-[호환성보기] 를 클릭하여 호환성보기를 해제하여 주시기 바랍니다.

    LOG IN

    GLOBAL GSMC