Prestasi Mengagumkan dalam Industri Makanan Kering

Views 379 Date of filming
Print

[MTN Money Today] Permintaan Terhadap Produk Sistem Imunisasi Meningkat Berikutan COVID-19 … Prestasi Mengagumkan dalam Industri Makanan Kering

Berikutan situasi COVID-19 yang berpanjangan, permintaan terhadap produk kesihatan peribadi dan sistem imunisasi telah meningkat. Hasilnya, industri makanan kesihatan telah mencatatkan prestasi yang amat memberangsangkan. Industri tersebut adalah salah satu prospek bagi mengembangkan pengaruhnya bukan sahaja di Korea malahan ke pasaran di serata dunia. Dibawakan oleh Wartawan Chan Yoo.

Hemohim adalah sebuah produk makanan kesihatan di mana Atomy bertanggungjawab atas penjualan dan pengedaran, manakala Kolmar BNH pula sebagai pengilang. Jualan produk setakat April tahun ini telahpun mencecah sebanyak KRW 67 billion, 20% lebih banyak daripada catatan tahun lepas. Dengan perkembangan virus COVID-19, permintaan bagi produk yang mampu meningkatkan sistem imunisasi telah naik mendadak.

[Hyun-Gyu Kim, Pengarah Institut Penyelidikan Sains Pemakanan di Kolmar BNH: Produk makanan kesihatan tersebut meningkatkan antioksidan seperti polyphenols dan polysaccharides yang mampu menambahbaik sistem imunisasi. Ianya memulihkan kelesuan harian dan meningkatkan kemampuan seseorang untuk sembuh dengan pantas.]

Hemohim, produk yang telahpun melepasi angka 1 trillion won dalam jumlah jualan domestik dan mencatatkan jualan tahunan sebanyak KRW 177.5 billion tahun lepas, dijangka akan meningkatkan sasaran pengguna dalam era pos-corona, sebagaimana meningkatnya permintaan terhadap produk makan kesihatan secara berterusan.

[Eun-Young Lee, Ketua Pasukan Kemajuan Produk Atomy: Atomy China bercadang untuk memulakan penjualan produk pada separuh kedua tahun ini. Berikutan ini, Atomy menyasarkan untuk mengadakan pelancaran secara rasmi di China. Hemohim, produk yang menggunakan herba perubatan sebagai kandungannya dijangkakan akan berjaya dalam pasaran China..]

Atomy telahpun mengeksport Hemohim ke 12 buah negara, bercadang untuk meluaskan barisan produk bagi meningkatkan sistem imunisasi dan kesihatan pengguna secara menyeluruh.
Dalam pada itu, dari sebuah risiko ke sebuah peluang, Atomy telah membuktikan bahawa ramalan orang ramai adalah salah dengan menunjukkan prsetasi yang lebih baik sewaktu pandemik COVID-19. Sebagai langkah tindak balas, Atomy telahpun menyumbangkan sebanyak 1% daripada jumlah jualan mereka pada bulan Mei kepada masyarakat.


Saya Chan Yoo melaporkan untuk Money Today.


Wartawan MTN Chan Yoo, Money Today

인터넷 익스플로러 사용자는 [도구]-[호환성보기] 를 클릭하여 호환성보기를 해제하여 주시기 바랍니다.

    LOG IN

    GLOBAL GSMC