Atomy berada di tangga 11 dalam carta Top Global Direct Sales Companies

Views 984 Date of filming
Print

 Atomy berada di tangga 11 dalam carta Top Global Direct Sales Companies
DSN Amerika Syarikat umumkan 100 Syarikat Global Terbaik… Atomy naik 9 anak tangga


 

Direct Selling News (DSN), sebuah majalah penjualan langsung Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa Atomy menduduki tangga ke 11 dalam carta 100 Syarikat Penjualan Langsung Terbaik Global 2020 pada hari pertama bulan lepas. Atomy telah melonjak sebanyak 9 anak tangga. Pada tahun lepas, Atomy telah mencatatkan jualan sebanyak $1.37 billion di 14 buah negara di seluruh dunia termasuk Korea. Mereka mencatatkan perkembangan sebanyak 13.9% berbanding tahun sebelumnya dan Atomy juga dinamakan sebagai salah satu syarikat dalam 10 Syarikat Terbaik bagi Peratusan Perkembangan Tertinggi.
Atomy sedang meluaskan perkembangannya di kesemua 14 cawangan di luar negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Kanada dan Taiwan. Atomy bercadang untuk melakukan pelancaran di China, India, Turkey, Hong Kong dan Colombia tahun ini.
Atomy berada di tangga ke 20 pada tahun lepas, menjadikannya sebagai syarikat rangkaian pemasaran Korea yang pertama memasuki carta 100 Global Terbaik DSN. Setiap tahun, DSN mengumumkan senarai 100 Syarikat Penjualan Langsung Terbaik Global bagi syarikat yang mampu menyediakan maklumat pendapatan jualan langsung dan dokumen yang berkaitan bagi membuktikan angka tersebut.

 

인터넷 익스플로러 사용자는 [도구]-[호환성보기] 를 클릭하여 호환성보기를 해제하여 주시기 바랍니다.

    LOG IN

    GLOBAL GSMC